Pun seperti yang mak beritahu sebelum ini, usia tua seakan-akan mengekang kelancaran kehidupan harian. Barangkali kerana sepanjang usia muda mak habis dengan berulang alik ke tempat kerja membuatkan apabila bersara semuanya jadi tidak teratur. Amat payah untuk mengatur rutin jadual harian. Semuanya seakan menjadi kelam kabut. Masa juga seperti berlari begitu pantas hinggakan mak tidak berdaya mengejarnya.
Sepanjang tahun 2018 ada juga beberapa aktiviti perjalanan dan kenangan yang sukar dilupakan. Yang boleh juga dimuat naik catatannya di sini. Antaranya mendaftarkan diri di kelas memasak. Belajar buat kueh koci dan karipap.
Lepas hadiri kelas buat karipap, rupa paras karipap mak
lebih elok dari yang sebelum ini. Nak bandingkan cer tengok
di sini projek karipap bertanduk
Yang susahnya buat koci adalah melipat daun
pembalutnya agar nampak kemas. Tapi sekarang dah
tak jadi masalah lagi... malah mak enjoy kalau
buat kueh koci ni.
Dan... kalau dah belajar tu... tentulah open order juga. Walaupun sekadar suka-suka paling tidak pun sebagai mengisi masa lapang.
Pada waktu yang lain pula mak cuba bertanam pokok-pokok sebagai riadah. Tapi buat seketika hobi itu terbantut kerana serangan tikus terhadap pokok-pokok yang mak tanam.
Pokok rose, kunyit dan pandan antara yang
subur di pasu mak.
cantik kelim karipap..nmpk kemas, kuih koci pun cantik...yg order mesti puas hati..
ReplyDeleteTerima kasih... bukan nak bangga tpi ramai yang kata cantik kelim karipap dan lipatan koci saya. Itulah hasil dari mengikuti kelas secara formal.
DeleteHai..
ReplyDeleteHai Nieda.
DeleteMemula taip ada error ..taip yg pendek hai tu keluar pula.
ReplyDeleteSaya pun gitu juga bila nak masuk blog nieda. Lama dah sana nak baca dan tinggalkan komen kat blog nieda tp tak boleh bukak.
DeleteCantik kuih2 akk tu dan nmpk sedap. Dan bagusnya dah boleh bukak order, wow
ReplyDeleteAlhamdulillah Nor... bolehlah buat mengisi masa terluang.
Deletesedapnyaa !! nak koci tu !!
ReplyDeleteKalau nak... mehla dtg sini CT..
Deletesedapnya kuih koci, saya suka.
ReplyDeletecantiklah bunga rose tu
Saya suka bunga ros mama aryan, tapi problemnya pokok rose ni manja... nak kena belai selalu... kalau tak cepat je dia mati.
Deletesalam kenal. DONE FOLLOW blog. :)
ReplyDeleteTerima kasih, saya pun dah follow Siti
Delete