Wednesday, August 2, 2017

Scenery yang menakjubkan...

Setelah memadu sejauh lebih kurang 80 kilometer lagi dari Lancelin sampailah ke simpang masuk menuju ke Pinnacle Desert yang terletak dalam kawasan Nambung National Park. Musim sejuk ketika ini tapi hawa sekitarnya tetap berbahang.

Untuk mengelakkan dehidrasi kita di sarankan membawa air minuman secukupnya. Aku bukan sahaja membawa air minuman tetapi juga bekalan sandwich telur yang di buat oleh Ojet.

Baca dulu tanda amaran ini sebelum mula melangkah
 masuk ke kawasan gurun pasir ini.

Gurun Pinnacles terbentuk dari struktur batu kapur semulajadi 
sejak lebih 25,000 tahun lalu selepas air laut surut dan meninggalkan 
batu karang dan cengkerang. Cuaca serta angin menghilangkan pasir 
sekitarnya dan mewujudkan unsur-unsur tiang batu kapur. 
Maknanya 25 ribu tahun dulu kawasan ini adalah laut???

Dengan bayaran dua belas dolar untuk satu kereta... aku berpeluang merasai memandu di atas trek berpasir. Walaupun mulanya agak ragu-ragu tapi ada tanda atau penunjuk arah yang telah di letakkan bagi mengelakkan pemandu kenderaan sesat dan hilang arah untuk kembali dan keluar dari kawasan ini. Kami videokan perjalanan kami ketika aku memandu melaluinya.

Oleh kerana waktu aku berada di sini... Perth sedang mengalami musim sejuk jadi tidak banyak yang dapat di saksikan. Dari risalah yang aku baca, waktu yang paling elok sekali untuk datang ke sini adalah pada musim bunga iaitu sekitar September hingga Oktober. Di bulan inilah bunga-bunga liar Australia Barat sedang berbunga. Berwarna-warni dengan berbagai rupa bentuk dan saiz.

Dari Nambung National Park kami terus pulang ke Perth City dan tidak jadi meneruskan perjalanan ke Cervantes. Kerana untuk ke Cervantes aku terpaksa memandu sejauh 17 kilometer lagi ke utara. Cukuplah dengan apa yang telah di lalui sepanjang perjalanan ketika datang. Lagipun aku takut hari telah gelab dan agak merbahaya memandu di Indian Ocean Drive ketika malam.

Dan dalam perjalanan pulang kami singgah di beberapa lokasi untuk memotretkan kenangan.

Pemandangan yang sangat cantik dan menyejukkan mata.

Beginilah rupa pokok-pokok yang tumbuh di Wanagarren Nature Reserve.

16 comments:

  1. Pemandangan yang cantek dan unik...bertuah dapat tengok sendiri salah satu ciptaan Allah yang menakjubkan.
    Kalau dapat saksikan musim bunga liar tu tentu best kan...tentu unik dan warnawarni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Saniah... Keajaiban ciptaan-NYA.

      Bunga-bunga liar tu cantik2 dan ada sebahagiannya berbentuk pelik... Saya ada jumpa sepokok... tpi tak terkenang pulak nak ambik gambar lagipun jalan di Indian Ocean Dr. tu payah sikit nak berhenti dan kalau berhenti pun bahaya...

      Delete
  2. pemandangan yang memang cantik tu, seronok dapat tengok depan mata sendiri, tapi dapat tengok gambar pun ok juga hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tahu suatu hari nanti mama aryan pergi pulak... so jadikanlah pengalaman saya ni untuk mama aryan meneroka lebih jauh lagi...

      Delete
  3. bilalah dpt peluang tgk sendir ..
    well tq sweetygirl sbb bagi kitew rgk gambau kat sini ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila-bila masa cik Bunga... soalnya ndak dengan tidak... Murah je tambang dan kos untuk melancong ke Perth ni.

      Delete
  4. MEMBACA CATATAN PERJALAAN SWEETIE YG MNGUJAKN

    ReplyDelete
  5. Wow seronoknya jalan2 ke Australia, tentu dapat jumpa si cik poket tu. Saya paling teringin nak tengok binatang tu camane besar nya.
    Cantik2 pemandangannya, kagum dgn alam ciptaanNya tanda kekuasaanNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kanggaroo liar besar Nor... Sama besar dengan saiz org dewasa... tapi yang di bela di coversham wild life yg saya tengok tu kecik2 je... mcm besar kambing.

      Delete
  6. Seriusly sangat cantik...mesti banyak tangkap gambar ...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu nini... haruslah kan... setiap sudut tangkap.

      Delete
  7. Assalamualaikum...lama sungguh x melawat disini. Amboi jalan jauh. Bestnya dpt melawat tempat org

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam. Sarah apakhabar, lama sungguh menyepi dari blog.

      Taklah jauh sangat.. di Perth..

      Delete
    2. Sihat Alhamdulillah...terlebih rehat hehehe

      Delete
    3. oklah tu... ada waktunya kita memerlukan rehat.

      Delete