Merayau-rayau di Watertown Brand Outlet pada hari pertama
sampai Perth. Tapi tidak ada satu apapun yang menarik minat aku.
sampai Perth. Tapi tidak ada satu apapun yang menarik minat aku.
Membeli belah bukanlah kegemaran aku. Beberapa kali ke luar negara aku jarang menghabiskan duit untuk bershopping. Paling tidak aku cuma beli fridge magnet untuk menambah koleksi yang ada. Dan sedikit souviner untuk adik beradik serta rakan-rakan.
Aku suka menikmati keindahan alam semulajadi di negara empat musim. Aku suka memerhatikan kebersihan bandar dan sikap berdisiplin penduduk negara yang aku lawati.
Tapi travel kali ini berbeza. Dari awal lagi aku sudah berhasrat untuk membeli sesuatu. Sesuatu yang boleh dijadikan kenangan dengan wang collection rakan-rakan sekerja sempena persaraan aku setahun lalu. Lama juga aku simpan dan memikirkan apa yang ingin aku buat dengan duit itu.
Mencari barang yang di hajati di sini. Tengok tu
kakak aku dah jalan dulu ke depan.
Kerana terlalu teruja... sampai saja di Perth... dan setelah ambil kunci, aku terus pandu kereta yang disewa menuju ke Belmont. Kawasan di mana terdapatnya sebuah supermaket terbesar gabungan dari tiga buah supermarket. Tapi oleh sebab pagi sangat kedai-kedai di situ belum pun pun dibuka lagi.
Selepas tidur sekejap di apartment yang di sewa, aku bertiga keluar ke Watertown Brand Outlet yang terletak di Wellington St. untuk makan tengahari dan temankan kakak aku membeli pakaian.
Bukan main lagi kakak aku... ke luar negara tak bawa pakaian secukupnya. Rupanya dia dah merancang nak beli dan pakai. Masa datang beg dia paling ringan... bila balik bertambah dan padat isinya. Kami adik beradik selalu mengusik dia, "along dan supermarket tidak dapat di pisahkan, masuk supermaket hilang.... bila jumpa balik di tangan penuh barang."
Murahnya.. $59 dolar untuk enam belas keping... dan gambar
di sebelah kanan harganya di Malaysia meningkat lapan kali ganda menjadi
RM499. Patutlah surirumah kalau ke Australia cari brand ni.
Minyak wangi murah di Chemist Warehouse. Semua branded.
Seronok dan aku tenggelam sekejap dalam haruman.
E-SHED Markets... membeli souviner untuk adik beradik
dan rakan-rakan juga untuk diri sendiri di sini.
Fremantle Markets... aku ralit melihat barang-barang jualan di sini.
Hampir 'terbeli' pisau pemotong sayur... tapi Ojet menahan.
Seronok baca cerita Sweetie pi jalan2 & shopping.. Set Corelle sana memang murah Sweetie tapi satu hal pulak nak bawa balik Malaysia.. Berat..
ReplyDeleteSaya angkat sekotak taklah rasa berat sangat. Boleh handcary je LZ. Dlm flight saya tengok ramai yang handcary sampai dua kotak sorang.
Deletemurahlahkan berbanding disini..kalau saya pun benda macam itulah yang saya cari dan beli agaknya
ReplyDeleteoh ya sini entri tentang sweetie
Deletehttps://aryanazra.blogspot.my/2017/08/terima-kasih-sweetie.html
Kann mama aryan kan...
Deletesaya dah baca n3 tu... malu kita buat review pulak. Sama-sama kasih.
bestnya dapat membeli corelle murah
ReplyDeleteKannn... kat Langkawi pun tak dapat rege tu.
Deletealahai sweetie..bila la agaknya akak dapt kesana hehe..geram tgk barang murah2
ReplyDeleteBetul kak Kamsiah, ni dah tau nanti bila ke Australia akak bawa duit lebih. Jgn bawak baju banyak sgt, buat stail kakak saya tu, bawak beg kosong.. beli dan pakai.
DeleteKalau anak perempuan mesti suka bila bawak masuk Chemist Werehouse tu. Minyak wangi yang mahal2 cam elizabeth arden, Lancome semua tu rege dia paling tinggi $30 utk 350ml. Tapi kedai dlm Belmont tu mahal jugak... pergi yg dekat Fremantle.
Seronoknya dapat membeli belah dengan harga murah.Patutlah kakak sweetie teruja beli pakaian di sana.
ReplyDeleteMinyak wangi, pakaian, pinggan mangkuk dan peralatan letrik murah2 kat sini Saniah. Bukan tu je, kereta pun murah. Nanti kita citer kat lain n3. Mesti Saniah terkejut.
Deletemy mom pun teruja p Watertown. dia bukan suka shopping tapi kemain. hahaha.. sakan semua. wajib borong itu Corelle =D
ReplyDeleteYour mom boleh geng dengan my sista...heheh
DeleteTime saya masuk Big W supermaket tu atas rak2 corelle sume dah habis diborong pelancong M'sia. Yang tinggal tu yang takde corak... putih polos je.
Bestnya dpt travel dgn adik beradik mcm ni. Hihi...org pompuan dgn soping mana boleh dipisahkan
ReplyDeleteYa, taksah travel kalau tak soping.
DeleteMmg selalunya saya kalau melancong dgn ahli keluarga je.
Mcm membeli belah di m'sia jer sweetie..
ReplyDeleteDah tahu mana tempat yg hendak di tuju..
Sebelum datang tu dah buat reserch dulu tentang Perth ni Yatie... hehhe.
Delete