Wednesday, July 29, 2015

Kenangan terukir di sini!...



Kenangan terukir si sini...

Dah 9 hari di UK ni. Musim panas sekarang... matahari terpancar terang... tapi suhunya tetap dingin. Pada aku tiada bezanya pun ketika datang waktu winter dua tahun dulu. Dalam rumah dan di luar rumah aku tetap pakai baju panas.

Majlis konvo abang dah berlalu seminggu lepas. Dan kedatangan aku sekeluarga ke UK pada tiga hari raya haritu memang untuk hadiri majlis tersebut. Dan untuk pertama kalinya aku sekeluarga beraya di luar negara. Argh! terlepas banyak rumah terbuka, rendang, ketupat, lemang dan biskut raya yang sedap-sedap.

Tahun ini lupakan raya. Paling penting nak tengok abang ke pentas sebagai graduan Master of Chemical Engineering.

Abang sebagai anak sulung telah berikan satu pengalaman dan kenangan manis apabila aku berpeluang menyaksikan dia memakai jubah konvo di UK. Maaf kalau aku cakap... pastinya ramai emak-emak yang ingin lihat anak 'graduate' dari universiti luar negara tapi peluang itu bukanlah mudah untuk mendapatkannya. Sebab persaingan lepasan SPM yang memohon untuk mendapatkan tajaan/biasiswa sangat sengit. Dan aku bukanlah golongan yang berada yang mampu untuk hantar anak belajar di luar negara dengan duit sendiri... lebih-lebih lagi di United Kingdom. Sebab itu bila abang mendapat peluang dan tawaran aku sering ingatkan dia supaya belajar bersungguh-sungguh.

Aku seperti tidak percaya yang kami sekeluarga boleh datang ramai-ramai ke Sheffield ni semata-mata nak tengok abang konvo. Majlisnya 'happening' sungguh. Bak kata Pro-Vice-Chansellor Professor A.J Ryan sebelum majlis bermula "bergembiralah... ini adalah majlis meraikan kejayaan".

Dan setiap kali nama graduan dipanggil dan melangkah ke pentas ibu bapa mereka akan bersorak dan bertepuk tangan dengan gamatnya. Paling gamat bila graduan dari Afrika berjalan ke pentas... keluarga mereka akan bangun bersorak, menyanyi dan menari-nari di barisan tempat duduk mereka. Sampaikan barisan prof dan Vice Chansellor di pentas turut tersenyum melihat gelagat mereka. Aku pun turut bersorak bila nama abang disebut dan naik ke pentas.

Usai majlis penyampian... Vice Chansellor meminta para graduan berpaling ke arah ibu bapa dan memberikan tepukan gemuruh pada kami. Simple dan ringkas saja majlisnya.

Sebaik keluar dari dewan, hujan renyai-renyai. Tapi itu tidak menghalang kami berfoto dan bergambar beramai-ramai dan saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain. Dan aku sempat berkenalan dengan lecturer dan beberapa orang rakan-rakan abang dari lain-lain negara, keluarga mereka dan mengucapkan tahniah atas kejayaan anak masing-masing.


Abang dan umminya... kakak aku yang
menjaganya masa kecil bila aku keluar bekerja.

28 comments:

  1. tahniah kpd abang kejayaan anak2 adalah kebanggaan ibubapa...gembira sungguh dpt menyaksikan majlis graduation mrk apalagi di luar negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PI... saya bukanlah bangga kerana dia belajar di luar negara,.. tapi kejayaan dan kesabarannya menempuhi berbagai cabaran dan dugaan sepanjang waktu bersekolah dan berada di universiti lebih-lebih lagi selama duduk di UK.

      Delete
  2. Bergenang air mata kak zai membaca N3 sweetie ini. Tahniah dari kak zai semoga abang lebih berjaya dimasa akan datang.

    In syaa Allah...bulan Sep ini kak zai juga akan menyaksikan seorang lagi anak naik kepentas untuk mengambil segulong ijazah dalam jurusan undang2 tp dalam negaralah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Zai, tak kiralah dimana anak2 kita belajar... kesungguhan dan kejayaan mereka sudah cukup buat kita gembira dan bangga. Anak kedua saya pun belajar dlm negara juga dan dia mmg tidak berminat belajar di luar negara seperti abgnya.

      Delete
  3. tahniah kpd abang...meriah majlis konvo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nohas, majlisnya simple dan ringkas saja.

      Delete
  4. Sebak bunda membacanya...seakan bunda ada bersama kalian menumpang kegembiraan itu...
    Syabas dan tahniah abang..juga sweety yang telah membesarkan abang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... Tentu KN boleh boleh rasakannya bagaimana perasaan saya... sebab KN pun pernah menyaksikan anak KN grad dulu kan.

      Delete
  5. tahniah..tumpoang seronok dan bangga kak...:)

    ReplyDelete
  6. mesti best ni lepas graduate ronda2 UK sweetie, jalan lah sepuas nya kan, dan tak lupa tahniah lagi sekali utk abg si sulong yang dah berjaya, ibu mana yg tak happy kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak Noor... memandangkan RM jatuh teruk saya hanya berjalan2 di UK saja... Dua hari lepas saya melalui Bath dalam perjalanan ke Amesbury.

      Delete
  7. tahniah sekali lagi sweety...ibu manalah yg tak bangga bila dpt melihat ank dh berjaya .
    sya juga bukan org berada ,impian ank sya Iqa keluar negara trpksa dilepaskan dgn rela hati demi adik beradik lain yg masih belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpalah Saniah... janji mereka berjaya walau dimana pun universitinya...

      Delete
  8. Alhamdulillah..tahniah wat abang juga ksweetie sekeluarga ye! Moment indah yg tak dapat nk describe betapa hebatnye ia kan kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ina, lebih2 lagi Ina pernah melaluinya sendiri ... Terima kasih.

      Delete
  9. Replies
    1. Betul andrian... sebahagian lagi momen indah dlm kehidupan seorang emak.

      Delete
  10. tahniah sweeetie...kenangan manis tu
    sukar digambarkan bila org tersayang naik ke pentas menerima pengiktirafan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nieda... sebahagian dari kenangan manis dalam hidup saya sebagai emak... lebih-lebih lagi semua 'perjalanan' itu dan suka dukanya saya catatkan di blog ni...

      Delete
  11. Seronoknya kak... di luar negara majlis konvo tidaklah terlalu protokolkan?! Part yg bila graduan naik pentas n 'disorak' oleh ahli keluarganya buat saya tersentuh... tahniah Abang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg simple dan ringkas saja majlisnya Nora. Kat M'sia di panggil istiadat, jadi mmg banyak protokollah... rasanya kita pun tak sorak bila graduan naik ke pentas.

      Delete
  12. Tahniah kak sweetie.. seronok tgk anak2 berjaya... i'm happy for you kak... tahniah sekali lg..btw Selamat Hari Raya...(sori terlambat nk wish)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lyza. Selamat Hari raya juga buat lyza dan salam takziah! atas kepemergian abang kesayangan ke rahmatullah!

      Delete
  13. tahniah abang, moga satu hari nanti sy juga ada gambar kenangan camni bersama anak2 saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Irfa. InsyaAllah, panjang umur ada rezeki, saat itu akan hadir dlm hidup Irfa.

      Delete