Friday, July 24, 2015

Terima kasih sayang!...

Master of Chemical Engineering (MEng)

Hati sebak dan airmata bergenang. Aku cuba untuk menahannya dari mengalir. Kiriman dan SMS ucapan kawan-kawan dari M'sia menambahkan lagi sebaknya hati aku.

Pagi ini dia seperti mula-mula masuk sekolah dulu. Aku keringkan, lap dan sikatkan rambutnya. Semuanya nak aku tolong. Ketika dia mengikat tali lehernya aku berpaling ke arah lain dan menyeka airmata yang hampir menitis.

Bertahun lamanya menunggu saat ini. Tak reti nak gambarkan bagaimana perasaan aku. Yang pasti aku gembira dengan kejayaannya. Berhempas pulas belajar. Ada ketikanya lalui juga saat kecewa. Tapi aku tetap berdiri di belakangnya memberikan semangat dan mendengar apa jua masalah yang di hadapinya.

Tahniah abang! Mak bangga dengan abang. Abang telah hadiahkan sesuatu yang amat berharga untuk emak hari ini. Ingat tak janji abang dengan mak dulu... waktu hari pertama mak hantar abang  ke sekolah..., "kalau sayangkan mak belajar pandai-pandai!" Sekarang abang dah tunaikan.Terima kasih sayang!

26 comments:

  1. Tahniah..terharunya baca entry ni..

    ReplyDelete
  2. tahniah buat ibu dan anak.
    muda-muda dah dapat master.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nieda... Alhamdulillah,berbayar sudah penat lelah study tanpa mengira waktu.

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kasih Diana... saya mmg tak dapat menahan airmata... gembira dgn kejayaannya.

      Delete
  4. TAHNIAH...KEJAYAAN ANAK2 ADALAH KEBANGGAAN IBU/BAPA...TERHARU DGN CATATAN SWEETIE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PI... mmg saya bangga dengannya... tiada kata2 utk menggambarkannnya...

      Delete
  5. tahniah dari kaknoor utk abang dan sweetie, mesti saat ini sweetie gumbira sngt dgn kejayaan abang, happy2 ye di UK, jgn lepas peluang keemasan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Noor... skrg musim panas, tapi kat Sheffield ni sejuk jugak... ta tahan saya tergigil-gigil...syok duk dlm selimut je... hehehe

      Delete
  6. Tahniah buat abang juga buat sweetie. Hati ibu mana yang tidak gembira bila anak telah memberikan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan kata2. Syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. Syukur Alhamdulillah...Tahniah ..KN pun tumpang gembira..

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya juga sweety...xpelh beraya diperantauan tpi dgn ank trsyg pasti lgi bahagia'
    tahniah juga untuk sweety dn ank ...alhamdulilah...sya belum lgi ada peluang melihat ank2 gradute spt sweety....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... InsyaAllah, saat itu akan dtg tidak lama lagi utk Saniah... pertama kali melhat anak graduate tak terucap kata-kata happy tu. dan kalau ada rezeki, anak kedua saya bakal konvo tak lama lagi.

      Delete
  9. Congratulation abang.... sayu pulak baca entri ni sis... tapi saya sebagai ibu pun rasa lega dan gembira buat sis n abang...

    ReplyDelete
  10. Tahniah Abang dan tahniah juga sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mck.Acaner rumah dah siap renovate ke...

      Delete
  11. Alaa.....sy lupa jemput akak sweetie masa raya aritu. Actually masa raya aritu saya panjang leher jugak cari akak kat majlis raya pmpms. Tapi maybe akak beraya kat tempat lain. Pastu balik raya sana sini lupa nak tulis mesej kat akak nak jemput datang umah. Nak jemput skang jadual sy dah terlalu padat. Sorry sangat2. Kalau ada rezki kita jumpa n kenal2 di Malaysia, insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak palah Naflyna... bukan rezeki kot...

      Delete