Thursday, September 5, 2013

Kenapa letak nama tu...

Bubuh anak nama panjang-panjang. Lepas tu tak cukup kertas nak tulis.  Besok bila nak tulis borang tak cukup kotak-kotak huruf kat borang tu.

Nama tu pulak gabungan nama suami dan isteri. Kalau anak lelaki pangkalnya tentulah nak letak Muhammad...  Lepas tu sambung lagi Iqbal ke, Ariff ke...  apa-apa jelah yang sedap didengar, disebut dan membawa maksud-maksud tertentu. Kalau ada tiga sebutan esok-esok boleh kerja kat TV3, he..he..he..

Aku pun sama.. e eh! bukan aku.. .my hubby. Dulu sebaik tahu diri mengandung aku tak plan dan sediakan nama. Sebab aku tergamam... panik... terkejut... dan takut bila doktor dah sahkan.

Orang yang mula-mula tahu aku mengandung, rakan sepejabat. Kemudian kakak aku. Kakak aku paling happy bila tahu aku mengandung. Last sekali baru my hubby. Hubby cuma gelak-gelak je bila aku cakap aku pregnant.

Kakak aku mengharapkan aku dapat anak lelaki sebab dia dah fikirkan namanya, Ariff Jauhari... nanti jadi bijak pandai katanya. Arwah mak pulak suruh letak dan panggil Nasir, sebab dia suka dan minat dengan penyanyi Nasir Wahab!  Hubby pulak ada pilihannya sendiri. Dia minat dengan sorang personaliti tu dan nak letak nama anaknya dengan nama tu. Nanti besar jadi doktor.

Kakak aku dan hubby bertelagah pasal tu. Kenapa kakak aku sibuk-sibuk nak letak nama pilihannya? Sebab masa tu dia belum kawin lagi... jadi terujalah sikit nak dapat anak buah pertama. Akhirnya hubby menang sebab katanya itu anak dia jadi dia lebih berhak letak nama.

Lepas bersalin dan habis pantang aku kerja. Hari pertama masuk office semua rakan-rakan datang dan tanya.

“Siapa nama anak akak?”

“Muhammad Farid Ismet Emir Ghulam Raja Pucuk Pegaga bin Abdul!”

“Wow panjangnya nama!”

He..he..he.. puas hati!
(psst! sebenarnya aku teringatkan abang... tu pasal aku tulis n3 ni! Rindu nak panggil dia dengan nama tu.)

18 comments:

  1. hahaha.biar betul akak ni
    anak pertama mesti eksited nak letak nama
    anak hujung2.main letak je mana yg terlintas kt kepala janji maknanya baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubby letak yang dua pangkal tu...arwah mak tambah yang ketiga dan keempat... datang kakak saya sebab geram dengan hubby di bubuhnya Ghulam Raja... pastu saya sambung Pucuk Pegaga. Adilkan... semua orang dapat bahagian masing2. Tapi dalam surat beranak yang dua awal tu je. Masa abang kecik2 dulu memang kami panggil dengan nama tu!

      Delete
  2. Assalam sweetie..he he..siap nama ulam2an pun masuk sama he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berebut nak letak nama punya pasal acik... hubby letak dua, arwah mak sambung.. pastu kakak plak sambung last sekali saya sambung... jadi dengan satu nama tu semua orang boleh panggil dengan nama pilihan masing2... puas ati!

      Delete
  3. assalam sweetie, bunda dulu dari anak pertama bunda yg letak nama, arwah suami tak kisah, ikut jer...

    mak mertua bunda cakap, kalu anak lelaki elok letak pangkal huruf nama mak, dan anak perempuan pangkal huruf nama ayah...

    anak bunda 4 orang. 2 lelaki n 2 perempuan...so ada 2 pasang..nama pun ada dua pasang pangkal huruf mak n ayah..

    biar adil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada sepasang je KN. Yang lelaki hubby letak nama. Yang perempuan saya letak nama...

      Delete
  4. kalau nama tu, sah tak cukup kotak nak isi borang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan lagi tak cukup kotak Nieda... space pun tak ada.

      Delete
  5. Hi Sweety...
    Ingatkan nama saya saja yg panjang sehingga waktu dulu semasa mengisi borang peperiksaan saya terpaksa membuang satu huruf nama ayah saya kerana cukup2 saja ruang yg ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh! boleh ke mcm tu Leez? Kan ke kita boleh tambah sendiri kotaknya tu. Lagipun cuma satu huruf je tak masuk.

      Delete
  6. Assalamualaikum kak, heheh berkenaan dengan review blog 2.0 sheila tu. mudah je. akak follow blog sheila. kalau ada fb, like fanpage sheilashahfiekry.my. pastu bagi link blog dengan nama fb. senang je. kalau dah submit komen sheila boleh review blog akak. boleh tambah kawan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah follow blog Shiela tapi tak sempat nak buat review tu. Kena buat pelan-pelan dan hati2... saya budak baru belajar..he..he..he

      Delete
  7. Biar betikkkk nama panjang2 cam gitew... ada ke..??? My kids pun I consider panjang2 juga namanya.. tapi still cukup kotak nak fill in form.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruja dan seronok sgt nak dapat baby... tu yg letak main sedap mulut menyebut je ogyep... Nama timang2an tu. Dlm surat beranak dua yg depan tu je... hehehe... kalau betul malu dia dgn nama tu.

      Delete
  8. as salam kak...tapi skrg kotak kat bhg nama pun dah panjang jg kan. dia org tahu, skrg ni nama budak2 panjang2 spi tak cukup kotak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye ke? Saya ni dah lama tak mengisi apa2 borang yang bersangkaut paut dengan anak-anak, Yati!

      Delete
  9. abang mesti senyum bila baca your entry ni, sweety.
    :-D

    ReplyDelete