Di hotel penginapan, pagi-pagi lagi mereka sudah menunggu. Menawarkan barang-barang jualan mereka, kalaupun kita kata tak mahu mereka tetap menyogok dan menawarkan barangan mereka. Cara mereka memperdagangkan jualan mereka itu yang membuat aku lemas... nak kata murah pun tidak juga... rata-rata kesemua mereka sudah tahu nilai ringgit Malaysia... Jadi untuk mendapatkan satu-satu barang agak payah juga untuk menawar harga.
Di Pasar Baru tempat tumpuan rakyat Malaysia berbelanja juga sama. Kalau mereka kata harga 'pas' bermakna tidak boleh di tawar. Seorang penduduk tempatan memberitahu, mereka menganggap rakyat Malaysia yang berkunjung ke Bandung adalah orang kaya...
Di Pasar Baru tempat tumpuan rakyat Malaysia berbelanja juga sama. Kalau mereka kata harga 'pas' bermakna tidak boleh di tawar. Seorang penduduk tempatan memberitahu, mereka menganggap rakyat Malaysia yang berkunjung ke Bandung adalah orang kaya...
Pemuzik jalanan yang naik ke atas bas pelancong...
sekadar boleh menyanyi saja... kemudian dia akan buka topinya
dan mohon penumpang bas bagi berapa saja. Tapi ketika
sekadar boleh menyanyi saja... kemudian dia akan buka topinya
dan mohon penumpang bas bagi berapa saja. Tapi ketika
di Pasar Baru aku beri beberapa syiling perak mereka
pulangkan balik, memilih... nak duit kertas saja..
Meredah kesesakan di kota Bandung memang memerlukan kesabaran yang
tinggi. Jalan sesak, sesesak-sesaknya... Ianya lebih teruk lagi dari kesesakan yang biasa kita lihat di
Kuala Lumpur. Untuk bergerak dari
satu tempat ke satu tempat mengambil masa yang agak lama. Cuma satu
perkara yang patut di puji, rata-rata pemandu-pemandu kenderaan di sana
amat sabar dan bertolak ansur antara satu sama lain. pulangkan balik, memilih... nak duit kertas saja..
Setiap kali berhenti di traffic light, kita akan nampak pengemis-pengemis kudung yang memohon simpati . Tapi menurut pemandu bas, bukan semuanya itu betul-betul kudung... mereka itu sanggup melipat anggota badan mereka semata-mata untuk meraih simpati.
Banjir ketika turun dari Tangkuban Perahu. Aku tak tahu
nama tempat ni... tapi lama juga tersekat di kawasan ni...
Terus terang, aku memang tidak berapa selesa sepanjang berada di Bandung... Sudahlah cuaca tidak begitu baik, dari hari aku sampai hinggalah aku bertolak kembali semula ke Jakarta, hujan turun tak berhenti-henti... Dan menurut rakan sepejabat... harus berhati-hati bila keadaan cuaca begitu kerana tidak mustahil kemungkinan berlakunya gempa...huh! Dah... cukuplah sekali ini saja aku ke Bandung... Padaku tiada apa yang menarik di sana... Lagipun aku bukan seorang yang suka berbelanja... Ketika di sana aku sekadar membeli dua pasang kain sulam untuk baju kurung buat si Ojet, telekung dan satu beg tangan... sehelai pario dan sedikit buah tangan untuk kawan-kawan sepejabat. Percaya atau tidak aku cuma bawa duit cash RM280 untuk semua barang tu...
ni yang malas nak ke bandung ni kan, dengar cerita U ni aduiii takut dan geram pun ada, kak noor pun mmg rimas kalau sentiasa di ikut begitu, tak payah di ofer kan sebenar nya kalau kita nak beli barang kita yg cari mereka bukan dia orang yg memaksa beli barangan yg kadang2 tak perlu sngt, wah berani nya Sweetie bawa wang sebanyak tu je haha kalau akak dh kembang kempis dah takut apa2 hal je bukan nak beli sngt, tapi tkpe banyak kad skrg ni so don worry lah tu heee
ReplyDeleteSungguh kak Noor, memang rimas kalau dipaksa2 dan diikut2 gitu...
DeleteSebelum pergi tu adik dah beritahu harga barang kat sana macam mana. Jadi saya set dalam fikiran apa yang saya nak beli. Duit hotel dah bayar siap-siap. Makanan kat sana murah... Tapi kak Noor jgan tiru saya... memang kalau jadi apa-apa... parah!
Dengar cerita Sweetie ni lagilah saya tak nak pergi. Ada ura2 sekolah nak buat rombongan ke sana suatu ketika dulu. Saya mmg tak pernah setuju. Entah ye.. rasanya dalam negara sendiri lebih banyak tempat yg menarik. Saya mcm Sweetie juga, tak suka membeli belah jadi kalau makan angin tu semata-mata nak tengok suasana tempat baru..
ReplyDeleteMemang tak sesuai kalau nak bawak budak-budak ke sana Sal... Pada saya tak ada apa pun selain dari aktiviti membeli-belah saja.
Deleteogyep selalu dengar cerita macam ni gak... Tension lah kan kalau camtu.. shopping kat KL aje la nampaknya..
ReplyDeleteMemang tension ogyep... Nak murah kena pandai menawar juga... Kalau nak meniaga kain sulam dan telekung bolehlah ambik dari sana... memang berbaloi...
Deletesalam perkenalan dari KN..
ReplyDeleteYa, selamat berkenalan KN... moga berkekalan persahabatan yang terjalin di talian internet ini.
Deletesaya tak pernah ke Indonesia
ReplyDeleteteringin nak pegi tp suami kata tak sesuai utk bawa anak2
dan tempatnya sangat sesak..
tp hati nak jgk merasa pegi kesana dgn kengkawan ;)
Betul kata suami Irfa tu.. Indonesia terutamanya Bandung memang tak sesuai kalau bawak budak2.. sesak.
ReplyDeletepak supir ati ati nabrak....
ReplyDeleteObat Sakit Pinggang