Petang tadi sempat buat bun kentang untuk makan
malam. 500 gm tepung dapatlah 16 biji.
... demi kesihatan... sejak akhir-akhir aku lebih banyak makan sayur-sayur yang direbus sahaja, susu, bijirin, biskut dan roti. Nasi memang dijauhkan sama sekali... Mulanya memang susah juga nak lupakan nasi... sebab nasi itulah yang membesarkan aku. Satu hari kalau tak makan nasi badan rasa lembik dan menggigil... tapi lama kelamaan aku dah boleh membiasakan diri tanpa nasi...
Sejak tak makan nasi ni badan rasa ringan dan kurang mengantuk. Tapi yang paling penting aku tak sakit kepala... Aku kalau di serang sakit kepala mahunya berminggu-minggu baru hilang sakitnya. Makanlah ubat atau pil penahan sakit apapun sakitnya tetap tak hilang. Dan aku memang perasan sangat setiap kali selepas makan nasi beberapa jam selepas itu sakit kepala akan menyerang.
Beberapa minggu sudah waktu buat medical check-up, aku beritahu masalah yang aku alami ini pada doktor. Nasihatnya jauhkan juga memakan makanan yang berlemak dan makanan yang bergoreng... sebab hasil pemeriksaan... menurutnya, kandungan kolesterol dalam badanku agak tinggi... tapi itu belum muktamad lagi. Doktor akan buat sekali lagi ujian pada temujanji yang akan datang. Ingatkan orang gemuk saja banyak kolesterol...
Bila usia dah meningkat memang banyak yg tak dijangka akan singgah dlm hidup kita. Saya memang berhati-hati soal makan tapi semua tu bukan jaminan utk tidak dihinggapi penyakit. Jadi, bila dapat tahu ada penyakit bersarang dalam tubuh, susah nak terima hakikat. Mulalah bersoal jawab dgn doktor. Kata doktor faktor genatik juga berperanan. Saya dulupun ingat org gemuk je banyak kolestrol, rupa2nya tidak..
ReplyDeleteDalam family sebelah arwah mak saya, sakit kepala atau migrain tu memang dah biasa sangat. Bila tengok kami sering di serang sakit kepala, hubby kata mungkin ada sesuatu yang tak kena dalam darah keluarga kami. Agaknya ialah tu faktor genatik.
DeleteSelamat tahun baru...
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru ckLah... Dah mula sibuklah ya memulakan sesi persekolahan 2013.
Deletebila umur dah menjangkau lanjut harus hati2 dengan diet kita..bukan sahaja untk bersuka bile badan sihat malah bertenaga untuk melakukan amal ibadah..
ReplyDeleteSaya setuju KN.
DeleteSweetie,
ReplyDeletesemenjak ayahanda kembali ke Rahmatullah.. diet ogyep dah jadi kelam-kabut.. macam tak de mood nak turun gym lagi.. makan pun asal boleh aje... huhuhu..
ogyep, jgnlah dibiarkan kesedihan tu berlarutan... hidup musti diteruskan...
Deleteberbaloi jg 500gm/16 bj...buat sndiri lagi..tahniahlah..
ReplyDeleteKN, memang berbaloi... boleh makan 2/3 hari untuk saya yang tinggal berseorangan ni...
DeleteHai Sweety
ReplyDeleteTakut lah bila dengar yg ur kolestrol naik. Lately i pun rasa mengantuk n selalu sakit sebelah kepala. My blood check up will be next week. Mintak2 jgn lah my kolestrol n gula naik!
So u take care ya!
I mmg risau bila doktor kata kolestrol tinggi... dan janji next check up.. ada perubahan, sebab tu skrg ni cuma makan makanan yang direbus... lebihkan pada sayur-sayuran dan buah-buahan. Now I rasa sihat dah kurang alami sakit kepala... Kalau boleh tak mahu bergantung lagi pada ubat penahan sakit..
ReplyDeleteYou pun jaga kesihatan juga...
kak sweetie..
ReplyDeletejaga kesihatan ye
InsyaAllah Irfa, terima kasih kerana mengingatkan...
Delete