(Ojet, adik dan abang.)
Selamat Tahun Baru 2012. Azam baru? Tak ada. Aku tak pernah pun berazam setiap kali menjelangnya tahun baru sebab sebagai emak setiap kali aku bangun tidur dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari aku sentiasa berazam untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak, suami, diri sendiri, keluarga dan rumahtangga pada hari itu. Itupun kadang kala ada juga yang tercicir. Biasalah kannn.
Ni aku dan anak-anak baru saja balik dari Singapore. Akhirnya tercapai juga impian dan 'azam' aku untuk membawa anak-anak melancong ke luar negara (walaupun cuma seberang selat Tebrau tapi di kira oversea juga kan). Lama betul aku pendamkan impian ini semenjak tahun 2002 lagi.
Kenapa begitu lama? Anak-anak masa tu kecil-kecil lagi dan masih bersekolah. Aku tak mahu ganggu persekolahan mereka. Waktu cuti persekolahan pula mereka harus menghadiri kelas-kelas tambahan. Kerana beza usia antara abang dan Ojet cuma setahun, jadi sebaik saja abang melepasi peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM tahun berikutnya Ojet pulak akan menghadapi peperiksaan tersebut. Kerana keinginan aku melancong keluar negara 'berkobar-kobar' ketika itu, aku tinggalkan mereka dengan kakak. Waktu tu aku ke Beijing. Bila balik kakak beritahu, yang si abang semasa ketiadaan aku sentiasa termenung dan tak lalu makan.
Tak lama selepas balik dari Beijing aku melancong pulak ke Bali, juga bersendirian (Hubby tak pernah melarang dan sentiasa mengizinkan bila aku mahu kemana-mana, thanks dear). Kali ini Ojet pulak yang sentiasa termenung dan menurut kata kakak bila ditegur, serta merta airmukanya muram dan sedih. Dan bila aku balik dia siap beri aku satu nota. Nak tahu apa dia tulis tengok (di sini). Sejak itu aku tak pernah lagi ke luar negara bersendirian. Tak sampai hati untuk meninggalkan mereka lagi. Dan aku mula menyimpan hasrat jika ada kesempatan aku akan bawa mereka bersama.
Ya hasrat yang sekian lama terpendam tertunai sudah apabila cuti semester kedua-duanya tiba pada waktu yang sama. Aku seronok menghabiskan cuti hujung tahun 2011 ku bersama anak-anak walaupun pada awalnya hubby agak terkejut bila aku kata akan membawa anak-anak ke Singapore. Banyaklah soal jawabnya. Kenapa Singapore? Nak tengok apa kat sana? dan macam-macamlah. Aku kata saja, walaupun dekat tapi aku tak pernah sampai sana.
Sebaik saja kereta yang aku pandu melepasi pemeriksaan kastam dan memasuki Singapore, aku rasa ada satu perasaan bangga menyelinap dalam diri aku. Satu perasaan yang sukar aku ungkapkan dengan kata-kata. Ya, aku telah bawa anak-anak melancong ke sebuah negara lain. Dan selepas ini apa lagi? Hmm aku teringin pulak membawa Ojet ke UK sambil melawat si abang di Sheffield.
woah! bestnya da pi spore! =)
ReplyDeleteSweetie, sy baru semalam beli tiket flight ke Singapore, bawa anak2 jugak laa...seronok ye sweetie melancong...mana gambar2 lagi??
ReplyDelete