Wednesday, February 2, 2011

Semoga Fatin selamat...

Mendengar kawan sekolahku Laila menangis di talipon aku pun turut menangis. Tiada apa yang dapat aku katakan cuma “bersabar je lah!”

Hati dan naluri saorang ibu yang risau dengan keadaan anaknya dapat aku rasakan. Dengan tajuk dan gambar-gambar di akhbar hari ini sudah cukup membuatkan hatinya di buru kebimbangan tentang keselamatan anaknya Fatin yang sedang menuntut di Mesir.

Sebenarnya Fatin ni lah yang menemukan aku dengan ibunya Laila. Aku post di blog gambarku dengan ibunya masa sekolah dulu. Secara kebetulan, seorang kawan sekolah ku Qamariah jumpa gambar tu dalam blog ni dan dia pula bekas guru Fatin. Qamariahlah yang menghubungi Fatin dan beritahu tentang gambar ibunya di blog aku.

Fatin terus menghubungi aku dan sejak itu hubungan aku dengan Laila yang terpisah sejak sekian lama bertaut kembali. Dan pada Laila aku banyak bertanya tentang scolarship dan macam-macam lagi berkaitan dengan cara untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Waktu tu aku tengah berkira-kira untuk menghantar abang melanjutkan pelajaran ke luar negara juga.

Dan semalam abang pula call aku beritahu dia tak dapat hubungi kawannya Farhan di Universiti al-Azhar. Farhan ni waktu nak 'fly' talipon minta aku datang ke airport hantar dia. Pada Fatin, Farhan (kawan sekolah abang) dan seluruh pelajar Malaysia di sana, untie sentiasa doakan kalian dilindungi Allah dan berjaya kembali ketanah air dengan selamatnya.

4 comments:

  1. tu lah semoga fatin dan warga malaysia di mesir tu semuanya selamat ...

    ReplyDelete
  2. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan mereka semua.

    ReplyDelete
  3. salam sweetie..moga fatin & semua warga malaysia di mesir selamat & sentiasa dilindungi olehNya..amin!!

    ReplyDelete
  4. Ustazah doakan moga Fatin selamat dan dapat kembali ke Malaysia segera.

    ReplyDelete