Monday, July 19, 2010

Moga Ojet pun cemerlang....

(Puan Pengetua sekolah meletakkan pin pelajar
cemerlang di baju Ojet).

Macam biasa sebelum ke tempat kerja, rutinku setiap pagi, menghantar Ojet ke sekolah. Lepas cium pipinya kiri kanan aku akan meredah kesesakan jalan raya menuju ke tempat kerja. Tapi pagi ini lain sikit. Hari ini ada majlis Program Peningkatan Prestasi Akademik 1/ Sesi 2010 di sekolah.

Tak ramai pun ibu bapa yang hadir. Tapi aku memang suka menghadirkan diri dalam majlis-majlis begini, tambahan pula Ojet antara pelajar yang tersenarai akan menerima anugerah tersebut selain dapat bertemu dengan guru-guru sekolah.

Selepas abang cemerlang dalam SPM dan dapat tawaran ke luar negara, harapan ku ingin pula melihat Ojet juga berjaya dan cemerlang dalam SPMnya hujung tahun ini. InsyaAllah! Amin!

(Mak doakan Dek Da cemerlang dalam SPM dan 'fly' juga... )

1 comment: