Monday, February 8, 2010
Bacaan yaasin, solat hajat dan ikrar janji...
Sabtu 6 Feb, pagi-pagi lagi Ojet dah ingatkan aku majlis bacaan yaasin dan solat hajat di masjid al-Ansar AU 2.
“Mak! majlis tu mula pukul 8.30 tau! Mak jangan lupa.” Sebelum turun kereta Ojet sempat mengingatkan aku.
“Iya, mak datang nanti!” Lepas cium pipinya kiri kanan aku bergegas pulang kerumah untuk bersiap. Waktu sampai di masjid dah ramai juga ibu bapa yang datang.
Tahun ni Ojet pula bakal menduduki SPM. Beginilah aku setiap tahun sejak 2007. Setiap kali anak-anak akan menghadapi peperiksaan, setiap kali itu jugalah aku tak senang duduk. Mereka nampak relexs je tapi aku pula yang berdebar dan risau.
Buat Ojet, Mak tetap dan sentiasa mendoakan Dek Da beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM nanti. Aminnn!
Friday, January 8, 2010
Simbolik di sebalik pemberian...
"Bawa handbag ni bila awak keluar tanpa saya. Bila awak sandang dan pegang samalah macam awak pegang dan pimpin tangan saya!..." Wau simboliknya!! Itulah ucapan dari 'teman lelakiku' (sekarang dah jadi suami) waktu dia memberikan aku satu handbag.
Agaknya kerana simbolik itulah aku mendapat bag sandang dari suami, anak dan adik sebagai tanda ingatan bila mereka berkunjung ke satu-satu tempat

Agaknya kerana simbolik itulah aku mendapat bag sandang dari suami, anak dan adik sebagai tanda ingatan bila mereka berkunjung ke satu-satu tempat

Thursday, January 7, 2010
Ojet yang sentimental...
Ojet (anak perempuanku) suka menulis nota atau kad ucapan untukku. Aku suka dan memang sentiasa menunggu.. Kreatif dan kadang-kadang buat aku 'terkesima'.
Ini antara koleksi kad dan nota dari Ojet yang aku simpan.
("You are great mom! Although you always scolding me
but I still love you. You are only mom I have. I try
to make you happy and hope you will give a smile.")
Memanglah mak suka menjerit pada Dek Da, pasal awak
suka buat 'trouble..' Degil!
("Selamat Hari jadi mak!! yang ke 47 tahun.
Moga-moga sihat selalu & no migrain!! he..he.. :>
and happy birthday once again.. Happy birthday to you!")
Now, migrain mak dah kurang....
Ini antara koleksi kad dan nota dari Ojet yang aku simpan.
("You are great mom! Although you always scolding me but I still love you. You are only mom I have. I try
to make you happy and hope you will give a smile.")
Memanglah mak suka menjerit pada Dek Da, pasal awak
suka buat 'trouble..' Degil!
("Selamat Hari jadi mak!! yang ke 47 tahun. Moga-moga sihat selalu & no migrain!! he..he.. :>
and happy birthday once again.. Happy birthday to you!")
Now, migrain mak dah kurang....
Sunday, January 3, 2010
Aku menangis juga...
(Abang nampak ok je dalam bas. Menteri Pertahananbersalaman dengan para ibu bapa sebelum melepaskan
para peserta PLKN kumpulan 1 siri 7.
(Belon-belon dilepaskan.)Sekali lagi aku terpaksa berpisah dengan abang. Tanpa dapat ditahan-tahan airmata mengalir juga sebaik saja bas yang membawa pelatih-pelatih mula bergerak. Dan sepanjang pejalanan pulang kerumah selepas menghantar abang, aku menangis sendirian dalam kereta.
Dan petangnya, aku memandu dari KL menuju ke Raub, Pahang. Destinasinya kem Benum Hill Resort.
Dan petangnya, aku memandu dari KL menuju ke Raub, Pahang. Destinasinya kem Benum Hill Resort.
Wednesday, December 30, 2009
Membongkar kenangan lama...
"Apa dalam kotak ni mak?"
"Gambar-gambar lama."
"Mak nak buat apa dengan gambar-gambar ni?" Soal abang sambil menyelongkar barang-barang lama yang aku simpan. Kenangan masa sekolah, remaja dan masa anak dara.
"Mak nak susun dan masukkan dalam album baru."
Selain dari gambar-gambar lama ada juga mesej-mesej lama yang aku simpan.
"Gambar-gambar lama."
"Mak nak buat apa dengan gambar-gambar ni?" Soal abang sambil menyelongkar barang-barang lama yang aku simpan. Kenangan masa sekolah, remaja dan masa anak dara.
"Mak nak susun dan masukkan dalam album baru."
Dimana agaknya kawan-kawan ku ini sekarang?
Selain dari gambar-gambar lama ada juga mesej-mesej lama yang aku simpan.
Sunday, December 27, 2009
4 hari di PD..
renang. Bawak dua tiga helai."
Rasanya lama betul tak pergi berenang dengan anak-anak. Entah-entah skil renang pun dah lupa. Anak-anak asyik berulit dengan buku. Kesempatan bercuti di PD sempena cuti krismas baru-baru ni kami manfaatkan sepuas-puasnya.
Masa untuk riadah
Ojet, Ain dan Abang posing pada kedalaman air 2.5 m,sambil di perhatikan oleh Acik mereka.
Adik dan isteri lelaki ni cuba mententeramkannyaselepas Abang selamatkannya.
Ada yang lemas? Abang tolong selamatkan seorang lelaki cina. Sebelum tu seorang perempuan punjabi juga hampir lemas, Ojet tolong selamatkan. Kebetulan pada hari tu life guard tak ada. Rasanya tak sia-sia ajar anak-anak berenang.
"Boleh buat part time ni!" dalam kalut-kalut tu Ain sempat lagi melawak.
"Boleh buat part time ni!" dalam kalut-kalut tu Ain sempat lagi melawak.
Tuesday, December 8, 2009
Masih segar diingatan...
Masih segar diingatan, dua tahun dulu (Mac 2008) ketika menghantar anak lelaki ku Abang ke SDAR, hati di buru kebimbangan. Macam-macam yang berlegar dan bermain di fikiran. Yang pertama sekali buli. Seluruh ahli keluarga berat hati nak melepaskan abang tinggal di asrama. Tapi atas kemahuan abang, hendak tak hendak kami seluruh keluarga terpaksa akur.
Sepanjang perjalanan pulang selepas menghantar abang hati sentiasa teringatkannya. Risau dan entah apa-apa lagi. Dan kerisauan itu hilang sebaik saja abang menalipon untuk pertama kalinya dari sekolah dengan cerita gembiranya.
”Mak, tadi ada ujian nak tentukan kelas BI. Abang masuk side A.” Alhamdulillah, permulaan yang baik.
Sepanjang tinggal di asrama, boleh dikatakan saban minggu kami semua melawatnya. Mendengar cerita dan melihat perkembangan diri dan pergaulannya. Inilah yang paling ditakuti sekali kerana dari kecil hinggalah usianya mencecah 15 tahun abang memang jarang keluar rumah bermain dengan kawan-kawan sebaya. Masanya banyak dihabiskan dengan membaca buku-buku.
Dan setiap kali melawat abang yang pertama akan ditanya macam mana belajar. Boleh ikut ke? Sebab waktu abang mendaftar diri masuk ke SDAR rasanya telah banyak silibus yang tertinggal. Sebulan selepas abang belajar di SDAR, dia mengadu tak boleh ikut pembelajaran dalam kelas add math sebab dah jauh ketinggalan, tambahan pula abang masuk 2nd intake. Dan masih segar diingatan waktu aku melarikan abang dari asrama semata-mata nak jumpa cikgu tuisyen math-nya. (Maaf ya, guru warden, saya terpaksa melakukannya...).
“Saya akan cuba kak” janji Fizal... guru tuisyen anak-anak yang datang ke rumah mengajar dua kali seminggu. Terima kasih Hafizal kerana membantu. Bersusah payah datang kerumah yang jaraknya bukan dekat. Dari Petaling Jaya ke Taman Keramat. Juga terima kasih cikgu Kamila dari SMTK yang juga sudi membantu abang waktu itu, mengajar dan menghadiahkan buku Fizik. Pengorbanan dan bantuan kalian amat saya hargai.
Dengan kecekalan dan kezamanan, abang akhirnya berjaya melepasi segala kepayahan dalam memastikan dirinya tidak 'tercicir'. Dalam ujian pertama abang di SDAR dia dapat nombor 3. Dan masih segar diingatan waktu abang menghubungi aku dari sekolah memberitahu keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya.
“Mak, abang dapat nombor 1!” suara abang riang di hujung talian.
“Iye? Dalam kelas?”
“Dalam tingkatan! Abang dapat strait A”
“Congratulation sayang!” Hatiku berbunga gembira. Namun nun jauh di lubuk hati, aku mula cemas sebenarnya. Dia mula menjadi perhatian. Aku takut ini akan membuatkannya hilang tumpuan.
Tidak banyak yang berubah dalam diri abang sebenarnya. Dia masih kurang berkawan, gemar belajar bersendirian. Aktiviti sekolah pun kurang disertainya.
Setiap kali pulang bercuti, abang tak pernah lekang dengan buku. Dia masih pergi kesekolah lamanya. Mencelah masuk kelas-kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru sekolah tersebut.
Masuk tahun baru (2009) abang dalam tingkatan 5, rasanya terlalu banyak cabaran yang terpaksa aku sendiri tempuhi. Beberapa kali aku terpaksa berkejar dari KL ke Seremban. Masih segar diingatan, ketika wabak H1N1 merebak aku cemas bila abang menalipon dari asrama.
"Mak! abang demam" Seluruh keluarga cemas. Aku menangis. Macam mana nak pergi Seremban. Siapa yang nak temankan aku memandu malam-malam di highway.
"Sabar je... aku temankan, tapi jangan bawak kereta laju sangat!" Kakak ku yang bersiap-siap untuk menghadiri majlis tahlil untuk arwah ibu mertuanya membatalkan niatnya untuk ke majlis tersebut sebaliknya bersetuju menemankan aku ke Seremban.
"Aku ikut!" adikku pun ingin ikut sama menemani. Nasib baik Abang cuma demam biasa saja, tapi pengalaman mencari klinik malam itu sukar dilupakan.
Kembali dari cuti Hari Raya Aidilfitri abang telefon lagi.
"Mak! abang kena demam campak!" Aku bergegas lagi ke Seremban. Tak sampai seminggu duduk di rumah abang gelisah ingin balik ke sekolah. Dia takut tertinggal dalam pelajaran. Dia berkeras ingin kembali ke asrama walaupun parut bekas campaknya belum pulih lagi. Begitulah abang, anak lelakiku.
Abang dan beberapa orang rakan pada Hari Raya Korban.
Terpaksa berhari raya di asrama kerana SPM belum selesai lagi.
Terpaksa berhari raya di asrama kerana SPM belum selesai lagi.
Hari ini, 8 Dis, SPM 09 dah berakhir. Ini juga bermakna tamatlah sudah dunia abang sebagai pelajar sekolah. Pasti dia merasa sedih meninggalkan kawan-kawan dan alam persekolahannya di SDAR. Seribu satu macam kenangan dan pengalaman yang telah ditempuhnya sepanjang dua tahun di SDAR aku harap dapat menjadi pengajaran dan mematangkannya dalam menempuh alam dewasa.
Dan pastinya untuk jangkamasa tiga bulan akan datang penuh dengan debaran...!
Subscribe to:
Posts (Atom)























