Rasa sayang nak tanggal dan pulangkan kimono yang mak dan kawan-kawan sewa. Memang ada auranya pakaian itu... dan-dan rasa diri macam Oshin... watak dalam drama bersiri dari Jepun yang popular lewat 80-an dulu... .
Tengahari kami ke Omicho Market untuk makan. Selesai makan kami jalan-jalan sebentar di pasar. Cantik pasarnya, kemas, bersih dan teratur. Mak sering membayangkan kalaulah pasar-pasar di Malaysia begini keadaannya.
Beginilah suasana pasar basah dua tingkat di Omicho,
Kanazawa. Di bahagian atasnya restoran dan gerai-gerai makan.
Sayur-sayuran.
Wasabi
Penjual ikan.
Tabung sumbangan derma.
Selepas makan dan sebelum ke destinasi seterusnya... mak dan kawan-kawan kembali semula ke hotel untuk solat zohur.
Di sebelah petangnya kami berempat ke Nomura-ke, Samurai Heritage Residence. Di sinilah kediaman samurai pada zamannya. Keadaannya masih utuh dan terpelihara.
Tetapi pada malamnya mak tak boleh tidur dan rasa takut. Terbayang-bayang keadaan dan suasana dalam rumah samurai. Tiba-tiba mak rasa seram.
Taman yang terdapat dalam rumah kediaman samurai.







wah berada dalam rumah warisan samurai ya terkenang kisah oshin siaran tv dulu2
ReplyDeleteYa kak PI. Popular kan drama bersiri tu.
DeleteBlogwalking sini.. Jemput ke blog saya :)
ReplyDeleteTerima kasih singgah di blog saya. InsyaAllah saya akan ke blog awak nanti.
DeletePasar pon bersihhh
ReplyDeleteYa, masyarakat Jepun mmg mementingkan kebersihan. Sepanjang saya berada di sana, suasana keliling dan bandarnya bersih, susah nak jumpa sampah... malah tong sampah pun tak ada.
DeleteCara hidup memang ikut islammm, alangkah bagus kalau depa orang Islam kan
Delete