Tuesday, May 30, 2023

Mak Sebagai Penjual Kuih...

Kuih tepung pelita dan cara berlauk yang mak titipkan di gerai jiran 
yang berniaga di bazar ramadan lepas.

Setiap hari seratus biji kuih tepung pelita yang mak buat akan habis terjual.

Sesungguhnya ramadan dan syawal 1444H meninggalkan banyak kenangan pada mak. Untuk pertama kalinya ramadan tahun ini mak 'terjebak' secara langsung dalam aktiviti menjual kuih muih secara serius hingga membawa ke syawal. 

Bersama seorang jiran... masih muda belia orangnya.. mak berjual kuih muih seperti karipap, koci, cara berlauk serta tepung pelita. Alhamdulillah...  sambutannya sungguh memberangsangkan. 

Walaupun keletihan tetapi hati puas bila mengira rezeki yang masuk. Sehingga kini, walaupun syawal sudah berlalu tapi tempahan untuk kuih-kuih seperti karipap, cara berlauk, koci dan lain-lain masih rancak mak terima.

Karipap antara kuih yang paling banyak tempahan yang mak dapat sepanjang 
syawal lalu. Malah sehingga kini tempahan untuknya masih lagi masuk.

12 comments:

  1. Alhamdulillah,....kuih cantik & sedap sentiasa dicari orang...moga dipermudahkan urusan Sweetie...seronok dengar orang berniaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Nohas, walaupun letih tapi seronok. Selama ini tak pernah terfikir pun nak berniaga kuih-muih seperti sekarang.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih kak PI... awalnya suka-suka...

      Delete
  3. Alhamdulillah... cara berlauk my favourite. One day akan terjah tempat jualan akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa saja saya berniaga di bawah payung, itupun sekadar tumpang letak ja... hari-hari lain saya cuma ambil tempahan dari rumah. Kalau Zana nak rasa boleh je saya buatkan sikit utk rasa, setlah time kita jumpa nanti saya bawakan. Saya pasti bila Zana dah rasa cara berlauk saya pasti jatuh hati... heheheh.

      Delete
  4. Saya suka makan karipap..tengok gambar dah tau karipap akak mesti sedap..hehehehe..saya juga suka kuih koci. Kawasan mana yang berjualan tu..kut2 la tak jauh bebenor dengan IOI City Mall ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan kalau IOI City Mall tu tak jauh sangat ke rumah saya di Cyber ni. fzy fuzzy senang2 tu mai lah datang rumah. Bln ramadan saja letak kuih di gerai, hari2 lain saya cuma berniaga dari rumah.

      Delete
  5. Replies
    1. ala jauh sgt.... Melaka dekat mana tu... manalah tahu kot2 satu hari berkunjung ke Melaka boleh singgah rumah cik bunga

      Delete
  6. Alhamdulillah murah rezeki.. Bila ikhlas dalam berniaga pasti melimpah ruah rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an... asalnya sekadar suka-suka saja... tp seronok pulak.

      Delete