Monday, August 12, 2019

Titisee Itu "Yang Luar Biasa..."

(catatan siri jalan-jalan Europe 15)

Tasik titisee berada dalam kawasan Black Forest Selatan di Baden-Württemberg... tasik ini terbentuk dari glacier dan meliputi kawasan seluas 1.3 km. Air dari tasik titisee mengalir ke Sungai Rhine.

Kesinambungan misteri Black Forest... tasik titisee yang terletak dalam kawasan hutan ini juga tidak terkecuali dan menyimpan kisah dan lagendanya sendiri. Dan titisee itu bermaksud 'yang luar biasa'.

Rekabentuk fridge magnet yang di jual di souviner shop 
sekitar tasik titisee ini sudah cukup menggambarkan tentang 
mitos yang berkisar tentangnya.

Titisee bermula dari perkataan "teti"... yang bermaksud anak kecil atau bayi.

Menurut lagenda tempatan, seorang bayi 'lahir' dari tasik berkenaan dan telah di bawa terbang oleh seekor bangau putih. Di bawa ke mana tidak pula di ketahui. Dan cerita tentang bayi yang datang dari tasik itu menjadi buah mulut serta tersebar meluas di Eropah Tengah.

Ada juga dakwaan tasik titisee mendapat namanya dari seorang jeneral Rom bernama Titus. Titus dikatakan telah mengembara ke dalam hutan gelab tersebut dan berkhemah di kawasan Titisee. Oleh kerana dia terlalu kagum dengan limpahan air tasik berkenaan.. dia lalu menamakan tasik berkenaan dengan namanya.

Juga mengikut legenda... seorang bangsawan bernama Titini di bunuh di kawasan sekitar tasik pada abad ke-12. Begitulah antara kisah-kisahnya dan banyak lagi versi-versi lain bagaimana tasik titisee mendapat namanya.

Ketika musim sejuk air tasik ini akan membeku.

Apapun suasana dan pemandangan di sekitar tasik titisee ini memang cantik... tenang dan jernih airnya. Walaupun kekurangan sumber nutrien namun di dalamnya di penuhi pelbagai spesis ikan termasuk ikan pemaksa iaitu pike yang boleh membesar sepanjang 4 kaki. Selain itu terdapat juga ikan trout, ikan mas, belut, abu-abu dan beberapa spesies lagi.

Di udara burung-burung berterbangan dan sekumpulan itik bermain-main di gigi air. Kerana keindahan persekitarannya, ia sering menjadi lokasi pengambaran untuk filem-filem Bolywood.

Oleh kerana ia kawasan tumpuan pelancong, terdapat banyak kedai menjual cenderahati, cafe, restoran dan gerai buah-buahan.

Sepasang itik berjemur di pinggir tasik.

Strawberi yang di jual di kawasan tasik titisee.

Ukiran pada tiang signboard yang terdapat di kawasan 
sekitar tasik yang cantik!

8 comments:

  1. mesti ramai pemancing ikan di tasik ni..banyak ikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampak pulak ada orang memancing masa saya ke sini..

      Delete
  2. seronoknya boleh jalan2 ke Jerman. Nak kumpul duit la utk ke sana nanti.

    done follow your blog.
    www.zukidin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! saya diberikan rezeki olehNYA dapat berjalan2 di di Jerman antara negara yang ingin saya kunjungi selama ini.

      Terima kasih!

      Delete
  3. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    saya sudah follow anda #219

    Jom follow blog saya lansung klik profil

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete