Wednesday, June 12, 2019

Selamat Tinggal Kota Cinta...

(catatan siri jalan-jalan Europe 8)

Kebakaran Notre Dame Cathedral yang mak saksikan memenuhi seluruh channel TV Perancis... Boleh dikatakan seluruh rakyat Perancis menangisi kemusnahan gereja gothic tersebut. Mak mengikuti siaran langsung kebakaran bangunan bersejarah itu di bilik hotel sambil mengemaskan pakaian dan memasukkannya ke dalam beg.

Beberapa orang kawan-kawan di Malaysia termasuk abang menghantar mesej bertanyakan tentang kebakaran itu. Dan ya... mak menyaksikannya sendiri.

Sebelum meninggalkan Paris...

Pagi datang menyapa dengan suasana yang nyaman dan hening. Tiada kedengaran hiruk pikuk dan kenderaan yang lalu lalang. Memang kedudukan hotel yang mak inap ini jauh dari bandar dan kesibukkan lalu lintas.

Selesai memuatkan beg-beg pakaian ke dalam kenderaan mak dan rakan bergerak meninggalkan perkarangan hotel. Oleh kerana kedudukan hotel berhampiran dengan taman tema Disneyland, kami singgah sebentar di situ. Perjalanan dari hotel ke Disneyland lebih kurang lima belas ke dua puluh minit sahaja.

Masih pagi sangat waktu mak sampai di pintu masuk ke taman tema tersebut. Oleh kerana orang tak ramai dan suasana lengang mak berlari-lari untuk bergambar di depan pintu masuk. Beg dan barang-barang yang di bawa bersama di scan di pintu keselamatan sebelum pengunjung dibenarkan masuk ke kawasan taman.

Acah-acah beratur beli tiket.

Keindahan landskap taman membuat mak dan rakan-rakan teruja mengabadikan foto di setiap sudut. Seperti yang diceritakan, mak dalam kembara bajet dan mengejar masa. 

Selain dari tiketnya yang mahal dan tak mungkin cukup sejam dua berada di sana. Malah tidak ada pun dalam list kembara mak dan rakan-rakan berkunjung ke Disneyland... cuma kebetulan kedudukannya berhampiran dengan hotel penginapan jadi kami ambil kesempatan itu untuk singgah.

Dari taman Disneyland dan sebelum meninggalkan Paris, mak dan rakan-rakan singgah juga di La Vallee Village iaitu kawasan designer brands outlet. Cantik tempatnya. Sesuai dengan namanya village... susun atur kedai-kedainya seperti satu kawasan perumahan.

Di La Vallee Village outlet ini bukan setakat menjual pakaian dan barangan berjenama tetapi juga terdapat satu outlet pastri yang menjual macaron terkenal iaitu Laduree.

Laduree menjadi popular dan terkenal setelah terlibat menyediakan kuih dan pastri untuk filem Marie Antoinette dan beberapa siri TV. Malah macaron jenama Laduree di hidangkan sebagai dessert ketika majlis perkahwinan Putera Albert II dari Monaco pada tahun 2011. 

Dan dalam waktu yang terhad ini mak sempat membelikan Ojet beg tangan jenama Michael Kors sebagai hadiah birthday.

Suasana outlet ini seperti dalam kawasan perumahan.

Kerana popularitinya mak beli lapan keping 
macaron Laduree sebab teringin nak rasa.

Laduree macaron dessert yang sering di hidangkan 
dalam majlis perkahwinan anak-anak raja Eropah.

(nota mak: Macaron tu memang sedap, menyesal beli lapan keping je... hmmm! Selamat tinggal Paris... Switzerland menggamit datang.)

10 comments:

  1. memang cantik kawasan outlet tu memang macam sebuah kawasan perumahan. Nampak sedap macaron tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barangan yg di jual pun cantik2 haha...

      Ya... saya suka makan macaron... dan macaron Laduree ni mmg sedap. Skrg dah ada bukak satu kat pavillion.

      Delete
  2. Replies
    1. Ya... seronok jenjalan di sini... dan bertambah kali ganda seronoknya klau bawak euro banyak... haha

      Delete
  3. Replies
    1. Sempatttt... sebab benda yg nak di beli tu dah set dlm kepala.. hehe

      Delete
  4. Shopping - satu terapi, tmpat pulak cantik, brtambah seronok shopping..nk riki2 harga macaron laduree kt pavi..teringin lak nk rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berganda seronoknya klau bawak euro banyak... boleh capai je semua yg berkenan di hati... hahaha..

      Saya pun nak terjah pavi gak nanti... cari macaron tu

      Delete
  5. Replies
    1. Kannn... seronok jln2 kat sini. Suasana mcm perkampungan.

      Delete