Friday, May 26, 2017

Setiap kali tibanya Ramadan...

#misiturunkanberatbadan
#salamramadan


Maaf, 'hidang' gambar makanan di bulan puasa ni.
Itu pinggan nasi orang tengah berdiet sahur tadi.

Salam Ramadan. Hari ini hari pertama puasa di bulan Ramadan 2017. Cantiknya first Ramadan tahun ini jatuh pada hari Sabtu. Hari cuti hujung minggu. Semua anak-anak tak bekerja hari ini. Dinihari tadi kami bersahur bersama. Simple saja. Nasi berlaukkan rendang daging yang aku masak petang semalam.

Terimbau kenangan ketika aku kecil-kecil dulu. Tinggal di kampung. Serba serbi kekurangan. Ketika itu masih lagi menggunakan api pelita dan mandi dengan air perigi. Memasak pun masih menggunakan dapur kayu. Walaupun serba kekurangan tapi aku merindui zaman itu. Rindukan arwah mak, arwah nenek dan arwah abang. Arwah abah pula jarang bersama dan sering berjauhan dengan kami sekeluarga kerana tugasnya sebagai askar.

Biasanya waktu bersahur, arwah mak bangun dulu untuk memasak. Apabila semuanya siap terhidang baru arwah nenek akan kejutkan kami lima beradik. Time itu memang riuh. Dengan diterangai cahaya pelita minyak tanah... sambil bersila di atas tikar mengkuang kami mengadap hidangan penuh berselera. Aroma wap nasi yang di tanak arwah mak membangkitkan selera. Walaupun lauknya cuma telur dadar dan gulai pucuk ubi.

Kini semuanya tinggal kenangan yang sering datang dalam ingatan setiap kali tibanya Ramadan. Sekarang aku pulak buat sepertimana arwah mak dan nenek lakukan... bangun dahulu untuk memasak kemudian baru kejutkan anak-anak untuk bersahur.

12 comments:

  1. Asmlkm. Kenangan Ramadhan masa kecil ye... saya tak berapa ingat plak kenangan bersahur, tapi lebih byk ingat kenangan berbuka puasa =D hihihi.... Agaknya sbb masa bersahur kami semua kebanyakannya diam seribu-bahasa, masing2 layan mengantuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time berpuasa masa kecik2 kalau diingatkan balik mmg buat kita rindu balik suasana tu Aznin.

      Delete
  2. Salam Ramadhan Sweetie..zaman kanak-kanak sentiasa seronok walaupun serba kekurangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab masa tu tak ada apa2 'masalah negara' yg perlu kita fikirkan... susah mcm mana pun hati happy je... janji dapat makan dan bermain.

      Delete
  3. SALAM RAMADAN SWEETIE...IMBAUAN KENANGAN LALU WALAU GEETIR PAHIT TETAP MANIS DLM INGATAN

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadan. Memang seronok kalau mengimbau kenangan zaman kanak2. Rasa nak balik je masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan Hazmin... Kalaulah boleh kembali semula ke zaman tu...

      Delete
  5. Kenangan semasa kecil kak Sweety sama mcm CH..
    Jadi rindu pulak kan kak..
    Wlpn serba kekurangan tapi menyeronokan..
    Suka sangat main lampu pelita hendaknya main bayang2 hehehe..
    Pergi kebun cari kayu api..
    Pastu kutip cendawan kukur buat lauk..

    Rindu juga pd arwah nenek.. arwah mak dan arwah abah..
    Moga mereka damai disana bersama rahmat Ilahi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh betullah Yati. Sama nampaknya kenangan kita... Cari kayu api... kutip cendawan... main bayang2... tapi arwah nenek selalu cakap, jgn main bayang2 nanti kencing atas tilam... hehehe...

      Mereka semua dah tiada sama2lah kita sedekahkan al-Fatihah.

      Delete
  6. kenangan manis yg tak dapt di beli dgn wang ringgit. kalau diingat boleh menitis si air mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nieda, lebih2 lagi bila teringat pada yang telah tiada.

      Delete