Thursday, December 15, 2016

Biarlah Ojet tentukan...

Beginilah aktiviti orang yang dah bersara kan. Sepanjang hari duk melangut tak ada apa nak buat. Lepas kemaskan sikit-sikit rumah duduklah melepak sensorang. Termanggu-manggu tak tahu apa nak buat. Nak buat kerja lebih-lebih sangat tak larat. Sejak bersara ni terasa sangat diri ini dah tua.

Hari ini gagahkan diri...bersiap lebih sikit dari biasa dan keluar. Oleh kerana hari ini Jumaat jadi waktu lunch hour tu panjang... aku ada lunch date dengan Ojet.

Seafood untuk lunch aku dan Ojet 
tengahari tadi.

Jarak antara rumah dengan office tempat kerja Ojet tak jauh pun. Adalah lebih kurang lima belas minit memandu.... kalau tak jammed... sampailah.

Tahun depan... awal Januari ni, office tempat kerja Ojet akan berpindah. Lagi dekat dengan rumah, boleh jalan kaki saja. Ojet dah cakap, bolehlah dia balik rumah waktu lunch. Itu plan dia... tapi kalau ada rezeki Ojet bakal bekerja dengan kerajaan. Bulan November haritu dia dipanggil jalani ujian PTD dan lulus.

Kalau difikirkan, sayang juga jika Ojet tinggalkan kerja dan jawatan yang di pegangnya sekarang. Gaji pun ok malah yang specialnya basic yang Ojet dapat lebih 'sikit' dari basic yang selalunya untuk fresh graduate. Dan yang syoknya, dekat dengan rumah. Di situ dah jimat banyak kos. Tapi ada sorang kawan aku yang memberikan pandangan kalau dapat eloklah Ojet terima jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik tu. Katanya bukan calang-calang orang boleh dapat jawatan tu. Ianya dianggap sebagai salah satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada kelasnya yang tersendiri.

Apapun, biarlah Ojet yang tentukan. Lagipun masa belajar di universiti, pengajian Ojet di taja sepenuhnya oleh JPA. Dan dia terikat kena bekerja dengan kerajaan sekurang-kurangnya lima tahun. Kalau menolak nanti kena bayar balik. Banyak tu, mana nak gegau duit... ye dak!

18 comments:

  1. Tahniah utk ojet k.sweetie. Memang much better klu ojet terima kerja PTD officer tu. Bukan senang dan bukan calang org yg dpt kije PTD ni kak. Bnyk kelebihan klu kije ptd officer ni banding ngan kemeterian lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Ina kalau ada rezeki dia, sebab selepas ujian ada lagi proses2 lain yg nak kena lalui, assesment centre dan latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN... dan kena lulus latihan tu untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

      Delete
  2. tahniah Ojet and mummy sweety ;)
    penat lelah bersekang mata mase belajar akhirnya berbuah jua hasilnya !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cik Bunga. Alhamdulillah dalam saat2 susah nak dapat pekerjaan skrg... mujurlah Ojet mudah pulak.

      Delete
  3. Tahniah utk ojet n sweetie..jawatan yg diingini ramai tu bukan senang nk berada di situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PI... sebelum dapat menjawat jawatan tu banyak lagi step dan ujian yang harus dilalui.

      Delete
  4. Assalamualaikum sweety....
    Alhamdullilah murah betul rezeki ojet ya sweety...kerjaya yang baik2 semua.Mudah2an ojet dapat buat keputusan yang terbaik.
    Tak sabar nak lihat anak2 bekerjaya seperti anak sweety.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam saniah. InsyaAllah saya turut mendoakan agar anak-anak Saniah juga akan menjawat jawatan yang bagus-bagus juga setelah tamat belajar nanti. Sabar ye.

      Delete
  5. Tahniah Ojet..Alhamdulillah, memang ptd ni kerjaya ekslusif..go for it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsaAllah kalau lepas semua ujian2nya Ojet terima nohas. Ada dua lagi ujian yang bakal di tempuhi, mmg eksklusif dan payah juga untuk menjawat jawatan PTD ni ye... saya baru tahu.

      Delete
  6. tahniah ojet dan mama...lumayan jgn lepaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nieda. Awal lagi nak terima ucapan tahniah tu kot. Ni baru ujian bertulis, ada dua lagi ujian dan latihan yang nak di tempuhi Ojet. Harap2 dia 'strong'.

      Delete
  7. tahniah ojet! PAC bila dan di mana kak?

    ReplyDelete
  8. insyaAllah kak, ada rezeki utk ojet nanti, ada lebih sana, kurang sini, win win situation, klu ojet dpt pergi kerja pun dekat, dekat dgn akk, that's much better..

    ReplyDelete