Friday, June 3, 2016

Pemberian dari Nestum...

Sebulan ni banyaklah stok untuk 
sahur.... senang kerja mak.

Petang Khamis tu Ojet sampai di rumah dengan sebendung bunga dalam dakapannya. Mak tanya mana dapat... dari siapa?  Kenapa? Memang bertalu-talulah soalan dari mak.

Dalam fikiran mak tak ada lain dah... Keluar dengan teman lelaki ke. Yelah dah dewasa pun. Adatlah kan. Mana tahu kot-kot dah ada secret admire.

“Nestle kasi” ringkas jawapan Ojet. Dan dia bergegas kembali ke luar. Mak ikut sekali... terpinga-pinga. Ojet buka bonet kereta dan angkat keluar satu kotak kayu penuh dengan paket minuman nestum.

Ojet letak kotak tu atas meja di ruang tamu. Eh! banyaknya... Seronok betul mak tengok dan membelek-belek isi kandungan dalam kotak kayu yang tertera dengan nama anak mak Ojet. Nampaknya seperti di tempah khas.

Dan sambil membuka belitan tudungnya, Ojet pun cerita... Wakil dari Nestle datang officenya. “Ong dah beritahu mak kan... yang nestum nak beri penghargaan.” Masa penyerahan tu adalah ambik gambar. Semua kawan-kawan pejabatnya termasuk manager pun turut teruja dan ambik gambar sama.

Barangkali ada kawan-kawan blogger yang dah terbaca kisah Ojet yang di viralkan di laman sosial baru-baru ni. Rupanya ada hikmah juga. Kisah bagaimana dia berjimat dan makan nestum untuk mengalas perut ketika menuntut di universiti. Walaupun dia mendapat tajaan JPA, tapi Ojet ni memang berjimat cermat orangnnya. Dia jarang menceritakan kesusahannya melalui pahit getir sepanjang belajar di universiti kepada kami sekeluarga. Tak sangka pulak pihak Nestle juga membaca kisah kejayaan Ojet itu.

Kata-kata dalam kad ucapan yang di sertakan:

Salam sejahtera kepada di sana
Yang jadi bualan serata orang
Di sana membuat di sini terkesima
Atas pengorbanan bukan kepalang

Dengan ijazah hasil susah payah
Kini bersedia menabur bakti
Sedang membahagiakan emak ayah
Pahatkanlah juga kami di hati

Hai Anis Sebenarnya kami ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan anda menamatkan pengajian dengan cemerlang! Dan kami juga berbesar hati kerana dapat bersama anda sepanjang pengajian anda. Kami berharap anda terus berjaya di masa hadapan dan berhasrat kami akan sentiasa berada 'disisi'. - ikhlas Team Nestum

Siapa menduga, anak mak yang bukan siapa-siapa ni, tetiba jadi bualan dan nestle/nestum pengeluar produk minuman dan makanan memberi penghargaan kepadanya. Dan buku-buku yang di belinya dengan hasil dari tabungan dan jimat cermat itu kini di berikan kepada kawan-kawan yang masih lagi menuntut di universiti yang sama.

(nota mak: Sememangnya bagi mak, banyak kenangan manis termasuk pahit juga yang di lalui sepanjang anak-anak membesar dan menuntut di universiti. Perkara-perkara yang tak di jangkakan dan bakal di kenang selamanya.)

22 comments:

  1. Alhamdulillah, kejayaan anak2 adalah kejayaan ibu bapanya juga... hasil dari penat jerih ibu bapa membesar dan memberi pelajaran secukupnya disamping pengorbanan seorang anak sebagai pelajar...

    Selamat menyambut Ramadhan Sweety...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan juga buat KN.

      Delete
  2. Tahniah ojet,Alhamdulillah sweety ,segala pengorbanan dan jerih perit masa belajar ada yang mengagumi dan menghargai.
    Kebetulan bulan puasa kan sweety ,sesuai sangat lah dapat produk dari nestle kan.
    Dalam kesempatan ini nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan utk sweety.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Saniah dan selamat menyambut bulan Ramadhan juga buat Saniah.

      Delete
  3. Alhamduiillah, rezeki menjelang Ramadhan..suka baca pantun tu..

    Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang rezeki nohas, kalau lewat bangun sahur dan tak sempat masak, jerang je air panas dan tuangkan nestum tu.

      Selamat menyambut Ramadhan juga buat nohas.

      Delete
  4. tahniah sekali lagi utk ojet
    bertuah sungguh anak2 sweetie selalu membanggakn ibu nya
    save masa lah time puasa ni kan
    makan nestum je mesti body cantik molek di bulan puasa ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Noor. Kalau makan sepeket sehari mungkin body cantik molek kot... tapi mak tak boleh... tak kenyang dan tak sampai petang nanti hehehhehe...

      Delete
  5. Tahniah ojet dpt penghargaan nestle pula...anak2 kita yg bljr di u mcm2 kesulitan yg terpaksa mrk hadapi utk raih kejayaan cemerlang tapi mrk pendam di hati...banyak stok nestum sweetie tu...boleh buat biskut banyak2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg banyak PI, cuma rajin dgn tak je nak buat biskut ni.

      Delete
  6. tahniah buat ojet yang mendapat penghargaan dari nestum dan kisahnya sangat memberikan inspirasi.

    banyak stok untuk digunakan dibulan ramadhan tu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama aryan ada jumpa dan baca ke kisah my Ojet tu.

      Ya alhamdulillah, rezeki bulan ramadhan.

      Delete
  7. Tahniah ojet..
    Semoga terus cemerlang..
    Wah boleh berdiet dgn oat nestum ni kak..๐Ÿ˜Š☺

    ReplyDelete
  8. SELAMAT HARI RAYA SWEETIE N FAMILI ..SALING KITA BERMAAFAN SEMPENA LEBARAN.

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya....tahniah ya ojet....eh ojet tu laki ka pompuan kak..hihi

    ReplyDelete
  10. salam , sweetie , kenapa lama dah buat catatan kat sini ? rindu weh nak baca omelan sweetie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam, owh! Terima kasih cik Bunga kerana masih menjenguk ke blog saya, buat masa ini saya agak busy dan ingin memberikan tumpuan, ruang dan masa utk diri sendiri. Tapi sesekali saya jenguk jugak blog kengkawan. InsyaAllah I'll be back soon!

      Delete
  11. Alhamdulillah dapat anak yg baik & bijak macam Ojet.. mesti tak sangka sampai nestle sendiri bagi hamper :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fatin, mmg surprise bila dapat hamper dari nestle tu.

      Delete