Plug ketuhar yang terbakar.
Tengok tu, salah satu pin plug tu melekat dan tertinggal
dalam soket. Bila dibuka sebelah dalam soket tu dah cair.
Ceritanya hari minggu (Ahad) lepas, aku anak beranak pindah pukul 3 pagi. Bukannya tak bayar sewa rumah atau rumah nak kena lelong tapi plug yang aku gunakan untuk ketuhar cair dan terbakar. Agaknya terlalu panas.
Bayangkan, sejak hari Khamis tu aku gunakan ketuhar tak henti-henti. Kiranya ketuhar tu on je lah 24 jam. Macam-macam yang aku buat. Mula-mula tu buat kek empat biji, lepas tu bakar cheesetart 112 biji. Tengah-tengah bakar tart tu aku perasan, ketuhar macam sejuk je. Aku tekan lampunya tak menyala. Pastu aku tengok cheese tart tu macam tak naik. Aku dah gelabah. Masa tu dah pukul 1 pagi. Aku kena siapkan tart malam tu jugak sebab esoknya kena hantar pada pelanggan. Aku tekan-tekan plug akhirnya 'hidup' balik lampunya dan suhu ketuhar naik semula sampai semua tart tu siap di bakar.
Siap je tart-tart tu dibakar aku pun tekan suis off. Tapi tak boleh. Aku rasa plug panas dan ada kesan hitam macam terbakar. Puas aku tarik nak keluarkan tapi tak boleh. Rupa-rupanya dah cair dan melekat pada soket. Aku cuba cungkil untuk tanggalkan plug tu dari soket tapi tak boleh. Nak dibiarkan saja takut pulak, mana tahu tengah sedap-sedap tidur menyala pulak api. Pilihan yang aku ada malam tu ialah tutup suis besar. Seisi rumah bergelap dan panas. Masa tu jam dah tunjuk pukul 3 setengah pagi. Hendak tak hendak aku kejutkan anak-anak dan beritahu masalah yang sedang berlaku. Dinihari tu jugak kami sekeluarga ke rumah kakak yang jaraknya hanya beberapa meter untuk menumpang tidur.
Esoknya (Isnin) jiran satu blok dengan aku datang tolong baiki. Alhamdulillah, plug dan soket yang terbakar tu dah diganti. Dah boleh ‘berbisnes’ semula.
Inilah antara projek hari Ahad tu. Siapkan kek patung barbie
untuk sambutan birthday anak buah, Alisya, 2 tahun dan Ojet .
First time buat kek patung ni.
Alhamdulillah tiada perkara buruk yg berlaku..
ReplyDeleteComellah kek tu.. Sweetie memang ambik tempahan ye..
Ya Sal, tp kek barbie ni belum pernah lagi ditempah org, selalunya moist chocolate cake saja.
DeleteSalam kak sweetie..adoiii cuak gkkan klu masa nk bakar kek..tiba2 suis off sendiri..x lih nk bygkan. Alahamdulillah nasib baik x de apa2..
ReplyDeleteBtw Selamat berpuasa buat kak sweetie n famili jugak ye.
Alhamdulillah anak2 akak semua berjaya..suka lyza baca..moga akak sukses n anak2 berjaya dlm pelajaran..insyallah.
Betul Lyza, kena selalu periksa ketuhar tu.
ReplyDeletesalam cik sweety...
ReplyDeleteterima kasih untuk resepi tart buah yg sedap sgt tu....
selamat berkenalan.
http://mytravelmyfood.blogspot.com/2012/09/fruit-castard-tart.html
Selamat berkenalan!
Deletebehhh lezatnya..
ReplyDeleteJelly Gamat Gold G|Obat Asam Lambung Tinggi|