(Masih ada beberapa tahun lagi bekerja
sebelum bersara.)
Petang tadi seorang kawan satu tempat kerja (tapi lain-lain department) tiba-tiba tanya berapa umur aku sekarang. Hai! apahal tiba-tiba tanya pasal umur aku. Aku tak fikir apa-apa tapi soalan tu pada aku agak peribadi dan sensitif.
Dia ketawa bila aku cakap soalan dia tu soalan maut. Aku tanya balik kenapa dia nak tahu umur aku. Tak ada maksud apa-apa pun katanya. Cuma dia nak tahu berapa lama lagi aku nak pencen. Nak buat apa lepas pencen.
Entahlah, aku cuma fikir nak berehat je. Ada juga beberapa orang kawan sarankan buka perniagaan. Tentunya yang bersangkut paut dengan kek dan roti. Tapi aku kata aku tak larat dah. Sekarang ni pun dah rasa penat bekerja. Tak sabar rasanya nak bersara.
Sekarang ni aku membayangkan aku nak duduk di rumah saja bila bersara nanti. Aku angankan, pagi aku hantar anak-anak sampai di pintu pagar, kemudian cium-cium dan lambai-lambai mereka untuk ke tempat kerja. Dan bila petang sambil duduk atas kerusi malas aku tunggu anak-anak pulang kerja. Tentunya sambil menunggu kepulangan mereka, aku dah siapkan minuman petang dengan kuih-kuihnya sekali.
Aku juga angankan sebuah rumah yang ada sedikit tanah untuk aku bercucuk tanam. Paling tidak aku boleh menanam pokok bunga ros dan sebuah kolam ikan kecil. Sepanjang hari di rumah bolehlah aku lekakan diri dengan membelek pokok-pokok bunga, memerhatikan ikan berenang-renang di kolam dan bila mahgrib ke surau sembahyang berjemaah dengan jiran tetangga. Ya, ada banyak lagi aktiviti bercorak keagamaan yang boleh aku sertai waktu tu. Lagipun bersara pada umur 55 tu belum lah tua sangat. Masih kuat lagi, yang penting mulai sekarang aku sentiasa menjaga kesihatan.
Hmm! cuma angan-angan selebihnya hanya Allah yang maha mengetahui.
meh bercucuk tanam kat umah tok saya.tanah luas.lalang je yang banyak.hahahaha
ReplyDeleteAlaa... jauh sangattttt, kalau boleh nak duk kat-kat KL gak, heh heh...
Deletesalam sweetie..angan2 acik pun macam tu..tpi acik nak pencen umur 56.. nak ikut kawan2 belajar agama dimasjid2..biasa bila acik tanya..kawn2 akan jawb..kita orang beljar pagi..ku keje..
ReplyDeletesekrang ni acik cuma boleh ikut mengaji..sebab dibuat malam..insyaallah jika panjang umur..beberapa tahun lagi..acik akan pencen.
Ya Acik, Sebab terlalu sibuk bekerja skrg, kita tertinggal banyak perkara. Kekadang tu jiran sebelah rumah pun tak pernah jumpa dan bertegur sapa.
Delete