Wednesday, February 8, 2012

Roti Pertama...



Inilah roti pertamaku. Dah lama sebenarnya teringin nak mencuba 'menguli' roti, tapi asyik tertangguh saja. Sebabnya pergelangan tangan kanan aku ni tak berapa kuat. Pernah terseliuh sebab bermain bola tampar masa sekolah dulu. Dan aku tak pernah pergi berurut.

Semalam aku gagahkan juga. Tengoklah hasilnya, boleh tahan juga. Gebu dan lembut rotinya. Resipinya aku ambil dari blog Noor Zaleha. Terima kasih ya Noor. Saya ambil resipi tak bagi tahu.

Pagi ni aku sarapan dengan roti yang di buat sendiri. Selebihnya aku bawa ke pejabat bagi kawan-kawan rasa.

Resipi Ban Manis:
500 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
11 gm yis kering (mauripan)
3/4 cawan gula halus - larutkan dalam setengah cawan air
1 sudu kecil shortening
2 biji kentang - direbus dan dilecek
1/2 biji telur (pukul sedikit)
3 sudu besar marjerin
air secukupnya untuk menguli

Cara mengadun:
1. Satukan tepung, baking powder, bread improver dan yis dalam mangkuk. Gaul rata. Kemudian masukkan kentang, gaul lagi.

2. Masukkan air gula dan telur. Uli dan tambah air sedikit-sedikit hingga mendapat doh yang lembut.

3. Masukkan shortening dan marjerin. Uli lagi sehingga lembut dan tepung tidak lagi melekat-lekat di tangan.

4. Rehatkan adunan dan tutup. Biarkan sehingga ia naik sekali ganda selama 30 minit.

5. Selepas 30 minit, ambil sedikit-sedikit dan bulat-bulatkan. Susun rapat-rapat dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit marjerin. Biarkan sehingga ia naik lagi sekali ganda (lebih kurang 20 minit).

6. Sapukan atas roti dengan kuning telur. Bakar pada suhu 180 c selama 20 minit (bergantung pada oven masing-masing. Saya guna oven jenama europa). Setelah masak keluarkan terus dari oven dan sapukan dengan butter diatasnya.

No comments:

Post a Comment