Monday, August 23, 2010

Satu hari Ong tak makan...

Eh dah dekat nak raya! He..he.. diam tak diam dah lima belas hari dah puasa. Sekejap je masa berlalu.

“Mak! ok tak? Sesuai?” Oooo patutlah senyap je kat dalam bilik. Rupanya menggayakan baju raya.

“Ok, cantik. Tapi colour tudungnya light sangatlah. Kalau adik beli yang gelap sikit, mak rasa lagi cantik.”

“Ong tak ingat colour baju ni” Dan Ojet berpusing-pusing depan aku lagak model menggayakan baju rayanya. Baju kurung pahang warna ungu, kasut dan handbag jenama bonia. Pun warna ungu.

Dengan anak perempuanku Ojet ni ada satu kenangan yang tak mungkin akan aku lupakan sampai bila-bila. Walau sudah sebelas tahun berlalu namun kenangan itu tetap segar dalam ingatan. Dan setiap kali menjelangnya bulan Ramadan kenangan itu muncul dan jadi bahan jenaka kami sekeluarga.

Masa tu Ojet baru berumur enam tahun masih dalam tadika lagi, tapi aku dah mula latih dia berpuasa.

Hari pertama permulaan puasa itulah hari yang paling mencabar sekali. Boleh ke Ojet kata aku nak bunuh dia, sebab tak bagi dia makan. Aku masih ingat lagi dialog antara kami waktu tu...

“Mak! Ong nak makan, Ong laparlah”

“Ala sabarlah dik, sikit je lagi.” Waktu tu jam dah pukul enam petang. Aku baru saja sampai rumah dari tempat kerja. Tahu jelah, KL ni, kalau bulan puasa ‘jam’nya macam mana. Dahlah jalan sesak, letih kerana berpuasa sampai kat rumah anak pulak merengek nak buka puasa. Terpaksa juga layan, sebab sayangkan puasanya.

“Mak ni nak bagi Ong mati agaknya, satu hari ong tak makan...” Boleh! dia kata aku sengaja tak bagi dia makan sebab nak biar dia mati kelaparan. He! sabar je lah.

Kerana nak sabarkannya, aku terpaksa mendukung Ojet sekeliling taman perumahan untuk melengah-lengahkannya sampai azan maghrib. Naik pitam aku dibuatnya.

Namun alhamdulillah! berkat kesabaran, berjaya juga aku melatih anak-anak berpuasa walaupun waktu tu mereka masih kecil lagi. Masuk hari kedua, Ojet ok, tidak lagi merengek dan dia berjaya menghabiskan puasanya sampai ke waktu berbuka. Dan semenjak itu tiap kali tibanya ramadan dia tetap berpuasa dan bertarawih.

Sebut tentang tarawih ni, ada satu kisah antara aku dan Ojet.

"Mak, Ong ada bawakkan makanan untuk mak, tadi Ong ambik kat surau. Mak makanlah"

"Nanti mak makan"

"Mak ni tak hargai langsung, bersusah payah Ong ambik dan bawak balik nak bagi mak rasa."

Aku terkedu.

7 comments:

  1. Hendaknya begitulah Atie, selama-lamanya.

    ReplyDelete
  2. salam kenal yer dik..rasenyer pestime sayer menjengah ke sini..nice blog here..chantek header blog nie..
    salam Ramadhan...

    ReplyDelete
  3. aseh rasenyer sy dah tersilap call adik tadi.maaf yer kak..terlanjur menaip..
    header kat atas semua anak-anak akak ker..besnyer,mesti riuh umah ngan gurau senda anak-anak...

    ReplyDelete
  4. hanya dua orang saja anak saya, tiga lagi anak2 saudara. tapi mereka stil call me 'emak'Nak kenal yang lelaki tulah abang (anak saya), ain, bell, Ojet (anak saya) dan syada. Saya sayang semuanya, memang masa mereka kecil2 dulu riuh rendah rumah, tapi skrg tak lagi, masing-masing ada yang tinggal di asrama. Time cuti je baru dapat berkumpul semula. Kebetulan rumah kami dekat2.

    ReplyDelete
  5. Sentimental habis Ojet ni Z@ck. Time tarikh birthday dia kalau tak ucapkan, boleh nangis sepanjang hari.

    ReplyDelete