Konsep hidangan majlis 'dome' Semua tetamu duduk di meja dan akan di layan oleh pelayan kerana mak mahu mereka selesa menjamu selera tanpa perlu beratur mengambil makanan. Makanan pula di hidangkan.. course by course. Bermula dengan buah-buahan dan kuih muih sebagai appetizer... kemudian diikuti hidangan utama, tentulah nasi minyak dan lauk-lauknya... dan disudahi dengan bubur dan kek sebagai pencuci mulut serta kopi dan teh panas..
Usai solat maghrib... mak lihat jemputan telah mula memenuhi Grandhall Boraombak, Marina Purajaya... Hati mak lega... setiap meja telah di penuhi tetamu.
Dan jam 8.15 malam... pengacara majlis mengumumkan kehadiran keluarga pengantin lelaki, diikuti pasangan ibu bapa pengantin... dan setelah semuanya mengambil tempat duduk masing2 lampu dewan di suramkan dan spot light di arahkan ke pintu masuk dewan... suasana sepi seketika.
...dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir... mak terharu atas kesudian kalian hadir memeriahkan majlis