Wednesday, September 6, 2017

Paling simple...

Tak begitu cantik potongannya kerana sebaik saja keluar 
dari oven terus aku keluarkan dan acuan dan potong.

Kek yang mula-mula sekali aku belajar buat ialah kek vanila biasa. Ingat lagi masa itu umur aku baru empat belas tahun. Resipi kek ini di beri oleh jiran sebelah rumah dan dia jugalah yang mengajar membuatnya. Menurutnya ini adalah resipi basic untuk membuat kek.

Masa itu punyalah seronok bila buat kek dan menjadi pula. Dan sampai sekarang aku simpan resipinya. Walaupun simple tapi rasanya memang sedap. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Malah tak perlu menggunakan mesin pengadun pun untuk mengadun. Memadai menggunakan senduk kayu sahaja.

Sukatannya pun tak perlu menggunakan alat penimbang. Untuk memudahkan beli marjerin yang dalam bekas kecil sekali iaitu berat 250 gm. Kemudian gunakan bekas marjerin tersebut untuk menyukat gula pula.

Bahan-bahannya:
6 biji telur
250 gm majerin
250 gm gula halus
3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanila

Kek paling simple dan mudah.

Cara-cara mengadunnya:

1. Pukul marjerin dan gula sampai kembang.

2. Kemudian masukkan telur satu demi satu. Masukkan esen vanila dan pukul lagi sampai sebati.

3. Masukkan tepung dan gaul menggunakan kaedah kaup balik hingga elok rata campurannya. (Kalau nak warnakan bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan campurkan dengan pewarna.)

4. Masukkan dalam loyang 8 x 4 inci yang telah di sapu dengan marjerin dan dialas dengan kertas kek. Bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius sehingga masak.

20 comments:

  1. sedapnya lama tak makan kek macam ni, asyik kek berchesse je sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mama aryan... sesekali kita berubah selera pulak.

      Delete
  2. Replies
    1. Ambillah cik bunga... takde halangan pun...😊

      Delete
  3. Sedapnya....dah save resepi ni..nanti wa nak cuba...nampak moist kek ni..mesti sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org kata ni kek old fashion... tp sedap. Apapun Wa try dulu baru tahu.

      Delete
  4. Marjerin tu boleh ke guna buttercup siss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh Wa... sebab saya pernah gantikan marjerin dgn butter... tak cantik keknya... bentat.

      Delete
  5. Replies
    1. Pada saya mmg sedap kak PI. Apalagi dimakan ketika masih panas.

      Delete
  6. Sarah belajr buat kek mcm ni dr mak...bakar pun x pakai oven guna periuk lubang letak atas dapur gas..kek legen ni. walaupun simlpe ia tetap di hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Sarah... org dulu2 bakar kek dlm periuk atas dapur kayu je... kek legen ni walaupun simple tp sedap.

      Delete
  7. Replies
    1. Ala kek sempoi je... org sekarang dah tak selera tgk kek2 togel camni...

      Delete
  8. Nilah kek dolu2 kan, sempoi je, pegi Raya mesti Ada kek ni. Kek sempoi mcm ni seronok juga nak Cuba, tapi anak2 Tak suka sangat kek2 ni.
    BTW tq sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dulu2 kalau pergi beraya rumah sedara mara ke.. rumah jenjiran ke... kalau dapat makan kek wuih seronok sgt. Masa tu kek2 lejen camnilah.

      Anak2 saya penggemar kek... tak kira kek apa. Sebab tu saya masuk kelas belajar buat kek.

      Delete
  9. Mmg simple resepinya kak sweetie..
    Serupa resepi arwah mak CH..
    CH mula belajar buat kek umur 17 tahun kot hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek yang mula-mula saya belajar kek nilah Tie. Masa tu umur saya 14 tahun. Jiran sebelah rumah yang ajar. Resepi ni dialah (dah arwah) yang kasi. Katanya ini basic buat kek. Arwah tu guru KEMAS.

      Delete
  10. sedap tu
    kakak den selalu baking kek nih
    hehee

    ReplyDelete