Monday, April 10, 2017

Kisah aku jadi detektif Conan...

Kisah ni tentang sorang kawan lama. Seorang ibu tunggal. Kawan ni agak berahsia sikit orangnya. Walaupun kawan lama, aku tak tahu pun dia kerja dimana, sebagai apa dan dimana dia tinggal. Misterikan. Kata kawan tapi aku tak tahu apa-apa tentang dirinya. Tapi ada satu hari tu aku terlibat dan terheret sama dalam masalahnya. Bak kata anak lelaki ku Abang, "tak pasal-pasal."

Mulanya begini, kawan aku tu ajak aku ke satu tempat... luar KL. Arahnya Pantai Timur. Biarlah aku namakan kawan tu Ana. Dalam kereta baru Ana cakap... katanya nak ajak aku skodeng seseorang. Teman lelaki dialah. Ana cerita dia agak ragu-ragu dengan lelaki tersebut. Mulanya aku agakkan lelaki tu suami orang tapi Ana cakap duda.

Menurut Ana teman lelakinya itu agak payah menjawab panggilan talipon dari dia. Itulah masalahnya. Banyak alasan. Kalau jawabpun ringkas saja... berbisik-bisik dan cepat-cepat nak letak talipon. Menurut Ana ada seseorang yang boleh dipercayai memberitahu, teman lelakinya itu dah ada perempuan lain. Maksudnya dah kawin.

Tengahari itu aku pun memandulah dengan Ana menuju ke Jerantut. Nasib baiklah aku dah pernah ke Jerantut jadi tak susahlah nak cari tempat dan rumah teman lelaki si Ana ni. Kawasan peneroka Felda. Senang saja dan pantas je aku menemukan tempat itu berpandukan alamat yang di berikan.

Sampai depan rumah teman lelaki Ana, aku nampak rumah tu sepi. Pintu dan tingkap tertutup rapat. Lama aku berhenti dan memandang ke arah rumah tu. Sampai aku sendiri jadi tak selesa sebab jiran-jiran di kiri kanan rumah tu memerhatikan aku dan Ana yang duduk dalam kereta. Last-last aku beranikan diri pergi bertanyakan pada pekedai runcit yang berhadapan dengan rumah teman lelaki Ana. Pekedai itu beritahu, lelaki itu ke Bandar Tun Razak, Jengka.

Kesiankan Ana aku beranikan diri memandu dalam kawasan ladang kelapa sawit yang luas menuju ke Bandar Tun Razak. Waktu itu dah senja... Suasana gelab. Tak ada lampu jalan. Kiri kanan hanya tanaman kelapa sawit... dan hutan-hutan kecil. Di jalan waktu itu hanya kereta aku saja. Kalaulah jadi apa-apa memang tak siapa yang tahu.

Berpandukan dari apa yang diberitahu oleh pekedai depan rumah teman lelaki Ana, aku cari tempat yang di maksudkan. Tapi tiada apa di situ, cuma sebuah banglo kecil yang sunyi sepi. Diterangi lampu yang suram ada beberapa buah kereta di letakkan di kawasan tersebut. Tapi tidak kelihatan kelibat orang.

Melihatkan suasana yang suram dan sepi aku jadi takut. Tapi aku beranikan juga diri duduk berdua dengan Ana dalam kereta menunggu kalau-kalau ada orang keluar. Tapi setelah lebih sejam tiada sesiapa yang keluar. Waktu itu jam sudah melewati sembilan malam. Akhirnya aku mengambil keputusan mengajak Ana pulang.

Begitulah kisahnya. Bila difikirkan semula, beraninya aku meredah hutan kelapa sawit pergi 'mengendap' orang. Apapun perkara itu dah berlalu dan paling sedih Ana telahpun kembali kerahmatullah beberapa bulan lalu. Dan kisah ini kekal jadi kenangan buat aku terhadap Ana.

18 comments:

  1. membaca kisah sweetie ini agak suspens..namun akhirnya Ana dah meninggal. Al FAtihah untuk dia semoga tenanglah dia di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga rohnya tenang dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Bila terkenangkan arwah Ana saya teringat kembali kisah ni.

      Delete
  2. Berani nya sis.. Memang sendi jalan belah2 felda sana.. Seram! Alfatihah.. Buat ana.. Dia sakit ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana meninggal kerana buah pinggang dan paru-paru bernanah. Sebulan lebih dia dirawat di hospital.

      Delete
  3. Jadi apa status sebenar lelaki tu? Semoga arwah Ana tenang di sana, ameeen. AlFatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Kes' ni tergantung begitu saja Nour. Tak dapat di selesaikan. Arwah Ana pun selepas tu mcm patah hati saja.

      Delete
  4. beraninya Sweetie & Ana..kesian Ana..semoga arwah Ana tenang & ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..

    bila baca cerita ni, teringat sy pun pernah jg 'tak pasal-pasal' jadi detektif conan, pi mengendap girlfriend suami jiran kwn sy kt Genting Sempah..ni kes laki curang..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berani tak berani teruskan jugaklah untuk puaskan hati kawan saya tu. Tapi tulah kes tu tak selesai. Saya belum cukup ilmu nak jadi detektif.

      Hehehhe... best jugak tak pasal-pasal jadi detektif ni kan.

      Delete
  5. Wah detektif conan...saya suka...
    Suspen baca kisah sweety dan Ana tapi bagaimana agaknya kisah sebenar teman lelaki dia ya?
    Semoga Ana temui kebahagiaan sebenar di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siasatan ni tergantung mcm tu je Saniah. Tak dapat di selesaikan.

      Mudah-mudahan dia di tempat bersama orang2 yang beriman.

      Delete
  6. Wah sampai ke jengka sweetie..tu daerah kampung kak..pngalamn sweetie n ana yg kekal jd memori..innalillah ana tlh mnmui kbhgiaan di sisi-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ye ke... kak PI asal dari Jengka ye. Ya, bila terkenang kisah ni terus saya teringatkan Ana yang telah pergi menemui penciptanya.

      Delete
  7. saya pon suka tgk detektif conan ;)
    al-fatihah buat aruah

    ReplyDelete
  8. Ada kawan ckp. Lebih baik tk thu drpd tahu
    Semoga Ana di tmpatkan di klgan org yg beriman
    Status lelaki tu misteri. Tk puas hati pulak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak nak tahu dulu, lepas tu baru boleh keputusan... sebab kalau tahu keumudian lagi sakit.

      Selepas kami balik dari 'skodeng' tu ada jugak saya tanyakan pasal lelaki tu, tapi arwah tak minat lagi nak bercakap pasal tu.

      Delete
  9. Al-fatihah untuk arwah. Sedihnya kan, tapi macam berminat nak tahu macam mana kesudahan cerita tu.

    ReplyDelete