Sunday, January 31, 2016

Janji...

Rasanya macam lama sangat tak update blog. Tahun 2016 pun dah sebulan berlalu. Tapi bila di kira balik baru sebulan setengah saja aku tak membuat apa-apa catatan di sini dan ketinggalan banyak story dari entri rakan-rakan.

Saat diuji oleh-NYA, aku hampir patah semangat. Dalam hati terdetik, "mungkinkah masaku telah tiba."

Teringat kata-kata abang, "mak jagalah kesihatan, jangan buat kitorang susah hati."

Alhamdulillah! aku masih diberi peluang untuk bernafas dan menyaksikan suka duka dan pahit manis kehidupan ini.

Berbicara tentang anak-anak.., Ojet juga dah habis pengajian. Seperti yang diimpikannya dalam entry aku 'Berebut Cuti...(26 Mei tahun lepas)... Ojet bakal penerima Anugerah Naib Cancelor (ANC) pada hari konvonya yang dijangka bakal berlangsung Mei ini. Berita gembira ini di terima ketika kami sekeluarga masih lagi di United Kingdom.

Ojet pun dah bekerja sekarang. Balik dari UK lepas dia terus settlekan beberapa perkara yang tertangguh. Belajar memandu dan menghadiri beberapa temuduga kerja. Dan dalam beberapa siri temuduga itu dia berjaya dan telah memilih salah satu darinya. Tapi maaf,.. demi privasi dan keselamatan aku terpaksa merahsiakan syarikat tempat dia bekerja sekarang. Siang Ojet bekerja di pejabat dan pada sebelah malam pula dia jadi guru di satu pusat tuisyen mengajar subjek matematik. Nampaknya aku tidak lagi boleh menulis kisah anak-anak lepas ini tanpa izin mereka.

Ojet juga sudah memiliki sebuah kereta kecil hasil titik peluhnya sendiri. Walau cuma sebuah kereta kecil tapi akulah mak yang paling happy melihat perubahan hidup anak-anak. Dari kecil di asuh.., di beri pendidikan... membesar sehinggalah boleh berdikari dan memiliki kerjaya.

Dan ini membuatkan aku yakin dengan keputusan untuk bersara dari tugas yang aku buat sekarang. Janjinya dulu sebaik anak-anak tamat pengajian dan bekerja aku ingin bersara. Ingin jadi suri rumah sepenuh masa. Melaksanakan tugas-tugas yang banyak terabai dan memberi sepenuh perhatian terhadap rumah tangga. InsyaAllah!