Thursday, November 19, 2015

Menjejaki Harry Potter dan misi mencari Hogwarts...

Sebelum berpisah dan serahkan kunci rumah pada Diana.

Kembali dari Isle of Skye semua kepenatan. Tidak ada upaya untuk memasak. Order online saja di Just Eat. Boleh pilih nak makan apa dan dari restoran yang menyajikan makanan halal. Kejap saja dah sampai depan pintu.

Sebelum masuk tidur pesan dengan anak-anak. Kemaskan pakaian siap-siap. Jangan sampai ada yang tercicir.

Pagi... kakak aku dah bangun. Aku pun. Macam biasa sebelum memulakan perjalanan kami siapkan bekal. Yang simple saja... sandwich dan nasi goreng. Itu saja yang senang.

Diana datang dan menunggu kami di bawah. Senyumannya meleret dan bertanya adakah kami selesa selama tiga hari menginap di homestay miliknya. Aku berani rekomen pada kawan-kawan... sewanya murah, rumah pun cantik. Kalau ada yang ingin ke Edinburgh boleh menginap di sini.

Sebelum pulang ke Sheffield dan meninggalkan Edinburgh kami singgah sebentar di Royal Mile lagi. Masing-masing rasa tak puas dan seakan enggan meninggalkannnya.

Aku pun. Yang di ‘cari’ belum bertemu. Si jejaka Harry Potter. Ingin sekali singgah di Hogwarts tempat dia ‘menuntut ilmu’. Hahahah... aku memang suka malah menonton kesemua sirinya. Pada lelaki mat saleh yang menegur aku di Royal Mile tempohari ada aku bertanyakan... di mana Hogwarts School.

Alnwick Castle yang dikenali juga sebagai Hogwart kerana 
menjadi lokasi penggambaran filem Harry Potter.

Padang memanah. Gambar ini aku ambil dari atas
 kubu pertahanan castle. Zaman ia didiami serangan sering
datang dari Scotland.

Apapun dengan berat hati kami tinggalkan Edinburgh. Kali ini kami tidak ikut jalan yang sama ketika datang. Maksudnya kami tidak akan melalui Jedburgh. Kami melalui A199 kemudian keluar ke A1. Sepanjang jalan kami nampak laut iaitu Laut Utara. Sehingga sampai di Berwick-upon-Tweed sempadan Scotland dan England.

Kami mencari tunjuk arah ke Alnwick daerah Northumberland. Masuk saja England... pemandangan kembali kepada biasa. Ladang-ladang gandum dan ternakan. Kali ini Ojet jadi penunjuk arahnya dan tukang baca signboard.

Tidak nampak lagi laut... Luas daerah Northumberland ini. Aku rasa ladang gandum yang paling luas sekali tentu di Northumberland. Kalau tengok kat UK ni ada macam-macam jenis jenama roti, rupa dan rasa. Besar-besar dan murah. Tak ada pun yang melebihi dua pound (ikut nilai duit mereka jgn convertkan ya). Sebabnya setiap kawasan ladang akan mengeluarkan produk roti mereka sendiri. Jadi persaingan itu banyak. Harga tetap sama tapi mereka bersaing dari segi rasa, rupa dan saiz serta kepelbagaian produk.

Harimau Putih... keluaran Warburtons. Besar dan 
cantik roti ni. Memang menarik perhatian aku apabila ternampak 
ianya tersusun di atas rak-raknya bersama roti-roti lain.

Sepanjang di UK aku jadi ‘wartawan’ tak bertauliah kejap. Suka benar bertanya itu ini... Sampaikan berapa gaji minima setiap pekerja di sana pun aku tanya. Sewa rumah, penjagaan anak dan pendidikan sekolahnya.

Kawasan dalam castle. Cantik seni binanya.

Di sini selalunya di adakan aktiviti untuk kanak-kanak 
dan 'naik' penyapu terbang. 

Akhirnya lewat tengahari kami sampai di Alnwick Castle atau popular dengan panggilan Hogwart. Luas juga kawasan castle ini. Siap dengan kubu pertahanan, bilik tahanan bawah tanah dan taman-taman bunga serta sayurnya. Tapi aku tidak sampai ke tamannya kerana untuk masuk ke taman lain harga tiketnya. Ada bilik penyembelihan dan penyimpanan daging serta 'galeri berbisik" dimana kita boleh bercakap secara berbisik dengan orang yang bersebelahan dinding. Dinding Alnwick Castle setebal tujuh kaki.

Dengan harga tiket empat belas pound sorang aku terkesima sekejap melihat hiasan dalam castle. Klasik dan di susun letak seperti asal katanya. Ukiran-ukiran, lukisan dan potret pemiliknya dulu. Meja, kerusi baldu bewarna maroon bersalut emas dan antik sungguh. Dipamerkan juga baju-baju yang di pakai oleh Lord dan Lady yang mendiaminya dulu. Selama ini cuma tengok dalam drama saja para pelakonnya mengenakan pakaian sedemikian rupa untuk melakonkan watak orang-orang kaya Inggeris.

700 tahun dahulu castle ini didiami oleh keluarga Percy dan merupakan istana terbesar di UK.

Dari ruang tamu hinggalah ke ruang dapurnya aku masuk. Mereka memasak guna dapur kayu. Periuk belanganya juga. Tapi tak semua ruang boleh di masuki. Dan juga tidak di benarkan mengambil gambar. Luas dan berbelit-belit. Ada banyak tangga-tangga. Dan pintu-pintu. Masuk sini nanti boleh keluar sana. Ada bilik-bilik rahsia dan bilik tahanan bawah tanah.

Dungeon... ada bunyi sound effect 
orang mengerang... menakutkan bunyinya.

Barangkali kerana ia pernah di gunakan sebagai lokasi penggambaran filem Harry Potter ada bilik naga. Masuk dalam bilik ini eloklah berkawan. Gelab suram dan pening nak cari jalan keluar. Hehehe... mak pun terjerit-jerit jugak panggil Ojet. Kalau teringin nak pakai gaun-gaun klasik itu pun ada di sediakan. Boleh ambik gambar lepas tu.

(nota mak: Tak jumpa Harry Potter. Dia dah graduate dan pergi melawat ladang gandum hari itu... Hanya bawak balik key chain Gryffindor sebagai kenangan.)

27 comments:

  1. Mujur jumpa dalan keluar. Kalau tak kena terbang naik penyapu kelaur kut tingkap ha ha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyapu 'nimbus 2000' tu Harry guna pergi melawat ladang gandum che mid... hahahhah.

      Delete
  2. Akak pulak rasa ralat Sweety sebab tak dapat jumpa Harry Potter tu..
    Ye la ke sana nak menjejaki dia.. last2 tak ade pulak kan..
    Tapi terubat juga dapat masuk ke istana tu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah main serbu je tak buat janji temu nak date dengan dia. Cantik istana ni tapi dah banyak lalui pengubahsuaian.

      Delete
  3. ISTANA YG 700 TAHUN USIANYA TAPI MSH TEGUH KELIHATANNYA...KALAU SORANG DIRI AGAKNYA BERANI X SWEETIE MASUK KE DALAM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam ruang-ruang pamerannya beranilah PI sebab ada tourist guidenya. Ada juga bahagian lain dalam castle ni dah diubahsuai jadi cafe dan gift shop. Tapi stil rasa seram jugak sebab kita tahu castle ni macam mana dulu-dulunya. Rasa mcm ada sesuatu yang memerhatikan pergerakkan kita. Itu perasaan sayalah...

      Ada lorong2 kecil dan berbelit-belit... bikin suspen terutama lorong nak masuk ke dungeon tu. Dan bunyi org mengerang2 tu menakutkan. Nak naik ke atas kubu pertahanannya tu pun rasa gayat. kecik je tangganya dan curam.

      Delete
  4. Baru tahu penggambaran harry potter guna castle yang benar wujud...selama ni walaupun saya tak minat cerita2 camni tapi jengah2 lah juga bila anak2 syok sangat tengoknya.
    Sweety kenapa tak try gaun klasik tu?....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa castle lagi yang dijadikankan lokasi untuk filem ni... tapi yang paling banyak diguna dan popular Alnwick nilah saniah.

      Malas nak menyarung-nyarungnya Saniah. Kita ni pakai tudung payah sikit nak menarik dan menzip gaun tu. Silap-silap kang tudung pulak tertarik sama.

      Delete
  5. Kalau jumpa Harry Potter mesti ambik gambar banyak2 kan sweetie. Tapi takpe dapat masuk castle yang buat pengambaran pun dah seronok boleh jadikan kenangan terindah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana nak jumpa kak Zai... tulah mak ni banyak sangat menonton dan berangan... hehhehhe... Tapi apa sebenarnya apa yang di pertontonkan dlm filem tu adalah realiti yang ada di castle ni... contohnya bilik berbisik... dalam salah satu filem Harry Potter ada di tunjukan scene terdengar bisikan di dinding ni... Skrg kalau dtg ke London boleh lawat taman tema Harry Potter ni kak Zai. Tak perlu lagi dtg ke Alnwick Castle ni.

      Delete
  6. singgha sekejap ni..kena singah lagi baca n3 satu persatu. tak puas baca tebok2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bacalah kakyon... tak ada yang istimewa pun catatan dalam blog saya ni... sekadar catatan suka-suka saja.

      Delete
  7. rajinnya Sweetie jd wartawan bertanya segala mcm ye mmg elok pun jd wartawan sbb peramah sngt haha, sebenarnya kaknoor pun pernah gi tempt harry potter ni msa anak kaknoor amik alevel dulu, sempt ronda sikit2 je sbb ada anak sorang tu lapar haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgah di Alnwick Castle ni dalam perjalanan balik ke Sheffield. Itupun dah petang... waktu melawat pun tinggal sejam setengah je lagi.

      Delete
  8. Harry potter dh minat pula bila baca kisah dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya mmg minat filem Harry Potter ni sampaikan beli novel-novelnya. Sampai lunyai novel-novel mereka baca berulang kali.

      Delete
  9. Wahhhh.....cantiknya castle tu..luas betul kawasan nya tu Sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang terbesar di UK Wa... agaknya keluarga Percy yang mendiami castle ni dulu org paling kaya di England agaknya.

      Delete
  10. istana lama , besar pula tentu ramai org yg nak menjaga selianya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Castle ni dah jadi muzium Nieda... nak masuk kena bayar.

      Delete
  11. Untungnya Sweetie, dapat jalan2 tempat cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan je Linda... kalau anak saya tak belajar di UK ni... mungkin tak lepas jugak datang.

      Delete
  12. Untug nya kak..dapat tengok depan mata..terima kasih kak sudi kongsi cerita..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata untung tak jugak Diana... Duit dlm tangan yang di bawak tu semua habis di belanjakan... hahahha.. Okeylah... dapat jalan2 negeri omputih... tengok kehidupan depa... macam kita juga... ada kaya dan ada miskin...

      Delete
  13. scene main bola guna penyapu terbang tu yg paling saya suka dlm citer Harry Porter....bestnya dapat melawat castle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gift shop yang ada dalam castle ni jual barang2 yang ada sangkut paut dengan filem tu... tapi mahal. Keychain je 10 pound satu.

      Delete
  14. Akk.. Nk g jg.. Huhu.. Mesti terbayang2 Harry Potter ade d sebelah. Hihi

    ReplyDelete