Thursday, May 21, 2015

Meleret senyum sampai telinga...

Masa sambutan Hari Ibu minggu sudah, Ojet tak ada di rumah. Dia ikut sekali bersama kumpulan staff Petronas yang mengadakan temuduga untuk pelajar SPM tahun lepas yang memohon biasiswa/tajaan pendidikan dari Petronas. Dua hari di Sunway dan sehari di UTM Space. Selama tiga hari tu dia tak ada di rumah dan tinggal di tempat penginapan yang disediakan oleh pihak Petronas. Beberapa hari sebelum tu Ojet berada di Arau bertemu dengan advisornya.

Sepanjang tiga minggu ini, sehingga minggu depan aku sendirian di rumah. Ojet dah balik dari Perth, Australia... tapi semalam dia dah ke Arau dengan train untuk bertemu dengan advisornya semula. Hari Ahad ni baru balik KL tapi dua hari lepas tu nanti dia akan ke Arau semula untuk viva-nya pulak. Dia agak sibuk di penghujung semester 6 ini. Akhir bulan Jun nanti tamatlah latihan praktikalnya di Petronas. Dan menunggu untuk hari konvokesyen.

Ketika dia mengemaskan barang-barangnya untuk ke Australia tempohari, aku duduk saja memerhatikan dia. Sambil tu aku ingatkan juga supaya jaga diri dan berhati-hati berada di tempat orang.

"Bawa duit lebih sikit dik. Mana tahu kok ada apa-apa masalah nanti. Tak apa, kalau tak guna balik nanti boleh convertkan semula. Tak payah belikan mak apa-apa. Mak tahu barang-barang kat sana mahal!"

"Fridge magnet pun mak tak nak?"

"Tak, mak dah ada fridge magnet Australia."

Tapi tak sangka dan memang surprise bila Ojet belikan aku sebotol minyak wangi jenama Beyonce... Limited Edition 100ml dari Australia... dan sehelai t-shirt warna pink. "Mak, nah! untuk Hari Ibu." Ai tentulah meleret senyum aku sampai telinga kannn.

Koala tu Ojet minta lekatkan kat cermin 
kereta aku. Buat teman mak!

Thanks! Dot!

Aku pun ada surprise juga untuk dia. Sepasang boots untuk dipakai masa dia ke Perth tempoh hari. Sebelum pergi tu sibuk sangat nak cari kasut. Tapi tak ada masa pulak nak pergi mencarinya. Aku cakap pakai jelah mana kasut yang ada. Tapi dia berkeras juga nak pergi shopping cari boots. Bila di tanya kenapa nak buang-buang duit beli kasut baru, jawapannya "nanti nak bergambar-gambar nampak cantik!"

Hai! lah anak. Taknak dia kecewa... akhirnya aku pergi belikan. Masa tu dia tak ada di rumah kerana menyertai kumpulan temuduga tu. Aku bawa adik aku untuk ukuran kakinya. Aku letakkan kasut baru tu tepi katilnya. Bila balik dan tengok kasut tu, bukan main senyum lagi.

Surprise untuk Ojet.

(nota mak: Dot, Polkadot, Dikda, Aja, Ojet... panggilan aku untuk Ojet. Suka hati je nak panggil dia dengan nama apa. Panggilan manja-manja... Abah dia pulak panggil Naja... tapi bila aku dah panggil dengan nama penuh, itu maknanya aku tengah marahkan dia.)

28 comments:

  1. Seronok hati anak dapat kasut..bahagia juga hati ibu dapat minyak wangi kan sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terucap, hanya senyuman yang menyatakan segalanya... :)

      Delete
  2. Dapat hadiah dari anak siapa tak suka mestilah senyum meleret.

    Sweety dengan kak zai sama bila marah panggil nama anak penuh atau panggil sambungan nama yang anak tak suka. Nama anak2 kak zai panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu kak Zai bila dapat hadiah...

      Anak-anak saya macam2 nama panggilan... ikut suka hati masing-masing yang memanggilnya. Tapi nama mereka tak panjang cuma kalau yang lelaki... adalah letak Muhammad di pangkalnya.

      Delete
  3. banyaknya nama manja dia..
    wangi sampai ke sini mak ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai tukang jaganya masa kecik2 dulu Nieda... Jadi masing2 panggil dengan nama kegemaran masing-masing.

      Oooo.. ok tak baunya... hahahha..

      Delete
  4. dah hati sorang ibu tentunya terharu bila anak bagi hadiah kan sweety...
    anak2 sya cuma yg no 2 je yg ada nma manja ...itupun nk panggil anak2 selalu tersasul2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu, tapi pemberian ini agak 'surprise' pada saya... Saya tak jangkakan dia akan belikan saya minyak wangi.

      Anak saya yg perempuan ni je yang ada banyak nama panggilan. Yang lelaki cuma kami panggil abang... cuma kadang2 kakak saya panggil dengan nama manja yang di rekanya sendiri... hehhehe

      Delete
  5. Tulisan dari awal hingga akhir kali ini..satu je CM nampak....seorang ibu sedang rindukan anaknya sangat-sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye ke... che mid jgn serkap jarangggg... hehhehh... sekarang mak ni dah jadi sorang yang tabah dan kuat semangat tau.

      Delete
  6. betul la sy bca ni pin dpt rsa ibu tgh rindu kn anak ;)
    InsyaAllah anak di sana sntiasa mendoa kn ibu nya yg baik2 saje amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. apa-apa jelah Kopiolimauice... Anak perempuan saya ni ada dengan saya di rumah... cuma dia 'terbang' ke Perth sekejap atas urusan peribadi...

      Delete
  7. ANAK N IBU YG SALING SAYANG MENYAYANG NI...BESTNYA DPT PERFUM NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baunya boleh tahan la PI... lembut dan saya suka.

      Delete
  8. Pandai akak pilih boots tu. Terbaik! 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkenan ke Naflyna... tapi di UK lagi cantik2 kot... dan banyak pilihan.

      Delete
  9. dua2 buat surprise..hehe..meriah hidup mcm ni..

    wow..Beyonce parfum..mesti seksi baunya..hehe.."all the single ladies, all the single ladies"..suka lagu Beyonce ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali boleh lah buat surprise nohas... kalau selalu2 kopak... Oraitlah baunya... saya berkenan.

      Delete
  10. sweetnya 2 beranak ni....macam kawan-kawan :)

    Singgah blogwalking....


    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah anugerahkan kita anak untuk jadi teman dan kawan juga sue sue. Mereka lah teman rapat yang boleh kita percayai untuk berkongsi masalah.

      InsyaAllah saya akan singgah di blog sue sue.

      Delete
  11. Cantek jer boot tu...saling tuka2 hadiah, surprise...sonok nyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah KN, hati mak ni tak sampai hati tengok mukanya yg nampak frust tak dapat memiliki boots idamannya... dan nanti tak cantik pulak dalam gambar... hehehhe... macam2 anak-anak ni kan.

      Delete
  12. hahah...kalau panggil nama penuh tu maknanya nak kena marah la tu...saya pun sama ..kalau time elok panggil kakak dan adik..time marah terius panggil maisara dan Mikhail..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sebut nama penuh dengan nada yang agak keras sikit... mereka pahamlah.. Kadang2 tu bukan marah apa sangatlah, cuma degil bila dikejutkan bangun tidur masa sekolah dulu...

      Delete
  13. Alaaaa sweetnyaaaa....mesti terharu + happy kan kak... bila dpt surprise dari anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu lyza... tapi lepas dapat parfum tu saya tanya dia balik, betul ke dia nak beri saya minyak wangi tu. Bukan apa kesian dia pun tak kerja lagi.

      Delete
  14. Kita sama lah Kak...kalo marahkan anak.mesti panggil nm.penuh.

    Best nya dapat special perfume

    Anak pun senyum sampai ke telinga dpt sepasang kasut baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat hadiah mesti senyum... harap2 laen kali dapat lagi.... hehehhe

      Delete