Sunday, February 24, 2013

Tak datang tak tahu, shopping....

Cuci-cuci mata je... ratus-ratus pound harganya...
tak ingat nama shopping center ni, area Mable Arch,
Central London kalau tak silap.

Pejam celik... pejam celik... dah nak masuk bulan Mac. Rasanya baru je masuk tahun baru... tahun 2013... dan diam tak diam dah dua minggu aku kembali dari UK. Bila dikenang-kenangkan kembali... lama juga aku bercuti... sampai ada kawan-kawan di pejabat cakap... mengalahkan cuti orang kahwin... pun tak sampai lama macam tu... Dahhh, bukannya selalu dapat pergi, tambangnya pulak ribu riban...perjalananya berjam-jam... satu hari masa habis di situ saja... kalau pergi dua tiga hari... rugilah kan... alang-alang pergi biar puas dan berbaloi. Lagipun dah lama menyimpan hasrat... macam yang aku cakap... kalau tak kerana si abang tu study di sana... belum tentu aku lepas menjejakkan kaki ke kota London yang terkenal di kalangan kaki shopping tu.

Ramai juga yang bertanya, aku shopping tak di sana... malah sebelum berangkat  tu... ramai yang mengingatkan, "jangan lupa shopping, dia punya diskaun, gila-gila.." Terus terang, aku memang tak berminat untuk bershopping... Tujuan aku pergi tu pun sebab nak jumpa dengan abang selain dari memenuhi impian menjejakkan kaki di kota metropolitan tu. Aku tak bawak duit banyak pun... Bila si abang tanya, berapa banyak aku bawak duit, aku cakaplah sekian-sekian. Pun abang kata banyak... kalau untuk makan saja... jumlah duit yang aku bawak tu memang melebihi dari cukup sebab makan di London/UK terutamanya di Sheffield murah. Ya, setelah mengalami sendiri... aku akui memang murah.

Hasil minggu pertama.

 Murah 6 pound.

...dan apa yang terjadi sungguh di luar jangkaan... aku 'tershopping' macam-macam. Setiap kali keluar ada saja benda yang aku 'angkut' bawa balik. Sampai si abang cakap... "ha... membeli lagi. Berapa banyak mak bawak duit ni." Aku cakap souviner untuk diri sendiri. Dia ketawa dan cakap, "banyaknya souvenir untuk diri sendiri..." Dan setiap kali aku dan adik beli barang, kami akan cakap, souvenir untuk diri sendiri. Aku postkan gambar-gambar tu semua di FB, apa Ojet komen, "shoppinggggg je. Beli itula, inila. sakan btul, hehe." Mak lepas geram Dik Da..

Waktu aku masuk Waitrose supermarket di Sheffield, aku terjumpa satu breadmaker. Barang-barang letrik di situ murah-murah... setelah di convertkan ke RM pun masih murah lagi. Aku cakap dengan abang aku berkenan dengan breadmaker tu... abang cakap "macam mana mak nak bawak balik..." Hmm! nampaknya pendam jelah dalam hati impian untuk memiliki breadmaker tu. Betul juga kata abang, macam mana aku nak bawa balik... kalau hantar dengan kargo... tak berbaloi pulak... satu barang je. Tapi dalam hati masih memasang angan-angan ingin memilikinya.

Ketika balik semula ke London dari Sheffield, kesian kawan abang, terpaksa menolong mengangkat dan membawa barang-barang 'souvenir' aku tu. Yang kelakarnya, barang-barang tu aku isi dalam jumbo laundry beg... Dalam hati berkata-kata juga, macam mana nanti aku nak bawa sendiri ke airport agaknya... Beg pun dah 'beranak pinak'. Abang ada offer beg pakaian yang dia bawa masa nak 'fly' dulu. Besar beg tu... boleh isi semua barang-barang yang aku beli... jadi tak perlulah menjinjit dua tiga beg. Tapi masalahnya.. bila dah isi semua barang-barang termasuk baju-baju yang dibawa, beg tu dah terlebih berat... dah lebih 20 kg. Misinya tak boleh lebih 20 kg. Habis macam mana...

Malam sebelum balik ke Malaysia, aku repack semula barang-barang. Tertonggeng-tonggeng aku mengerjakannya. Bukak.. susun.. bukak susun... Adik yang memerhatikan aku terkekek-kekek ketawa melihat aku ber'puli-puli' menyusun semula barang-barang tu. Lepas tu aku berlatih pulak menarik dan mengangkat semua beg-beg tu... Macam mana gaya dan caranya aku nak berjalan turun dan naik tangga di setesen underground nanti. Handbag aku gantung kat leher... haha.. kalau you all tengok keadaan saya masa tu mesti korang ketawa pecah perut... Seboleh-bolehnya aku memang tak mahu ambil teksi untuk ke airport... sajalah nak adventure sikit...

Adik: "Haritu ke Bandung, tempat murah kau tak beli apa pun..."

Aku: "...ehhh! ini barang London.. (haha..) Baju-baju ni aku pakai masa di airport."

Adik: "Semua? Berlapis-lapis...baju-baju ni berat jugak ni."

Aku: "Haah! Kalau kat KLIA, lebih satu kg kena tambah RM100. Kat Heathrow tak tau berapa pulak... dalam pound tu.. so aku pegang je beg-beg ni bawak masuk dalam flight."

Adik: Macam mana kalau masa check-in tu, orang tu cakap dia tak nak timbang beg, tapi nak timbang dengan kau sekali... (ketawa bagai nak pecah perut).

Sampai airport, aku timbang dan repack lagi barang-barang dengan adik. Aku pakai baju dua lapis, sweater selapis dan trench coat. Boleh bayangkan rupa aku macam mana... nasib baik winter... kebetulan hari itu snow ada turun sikit-sikit... Akhirnya hand luggage aku lebih 10 kg tidak termasuk handbag yang juga ada macam-macam dalamnya. Dalam kapal terbang semua tukar, baju pakai selapis saja dan kasut pun tukar yang sesuai dengan cuaca di negara kita.

Itulah kenangan manisnya... tak datang tak tahu... tak sangka aku boleh tershopping sakan di London. Dan sesiapa yang nak ke London bershopping tu jangan lupa minta resit dan isi borang VAT. Kalau ada lebih duit syiling harga 2 pound dan 50 pence tu belanjakanlah di London. Sebab bila di airport duit tu dah tak sahlaku walaupun duit tu duit negara mereka.

Monday, February 18, 2013

Jet lag tak habis lagi dan 4 flat...

Jet lag tak habis lagi... haish! dah seminggu balik. Aku masih  keliru lagi. Fikiran seolah melayang-layang... Seluruh badan rasa sejuk dan seperti tak tahu nak membezakan waktu... dan tidur pun tak tentu waktu... Kejap-kejap mengantuk. Bila berbaring di katil diri rasa ringan dan aku macam tak pasti di mana aku berada.

Ini bukan pertama kali aku mengalami perkara yang serupa. Dulu masa balik dari Beijing pun sama... badan rasa melayang-layang dan panas... apa yang lebih teruk lagi kena tahan di ward empat hari dan masuk air lima botol. Aku harap situasi yang aku alami sekarang ni akan cepat pulih...Semalam pun dah start kerja semula... moga suasana di tempat kerja dapat menormalkan aku.

Cerita kat UK tak habis lagi... 20 hari di sana, banyak benda dan perkara yang aku alami dan lihat. Baik dan buruk... tapi kerana situasi diri yang tak menentu ni, aku tak boleh nak berfikir dan mengingat semua tu. Lagipun gambar-gambarnya tak ada sebab satu lagi kamera tertinggal dalam kereta Adrian di UK. Sekarang ni kamera tu dalam perjalanan balik ke M'sia. Adrian dah postkan... mungkin esok lusa sampailah.

Tapi aku nak kongsi satu berita gembira... Anak perempuan ku Ojet dah dapat result exam semester pertamanya... kan sebelum aku berangkat ke London bulan lepas dia exam.... dia dapat 4 flat... Tahniah Dik Da... tak terkata sukanya aku... Harapan ku agar Ojet akan meneruskan kecemerlangannya di semester-semester yang akan datang.

Friday, February 15, 2013

Tiba waktu harus berpisah...

Dua hari di London, aku dan abang habiskan masa bersama
dengan berjalan-jalan di Hyde Park.

Selamat sudah kembali ke tanahair, setelah berada selama dua puluh hari di UK... bertemu abang... melepaskan rindu... dan.... kemudian berpisah... yang menghimpunkan sejumlah kenangan yang aku bawa pulang bersama...

Waktu ini, aku tetap terkenangkan saat aku berpisah dengan abang ketika aku hantar dia di Bayswater Station untuk ke Victoria Station. Dari situ abang akan ambil bas dan kembali semula ke Sheffield....abang memang tidak dapat menghantar aku ke Heathrow kerana ada projek di universiti... kala itu hujan rintik-rintik. Aku ekori abang dari belakang... Tiada kata-kata... Kami berdua berjalan dari Malaysia Hall tempat penginapan kami di London iaitu di Queensborough Terrace... kemudian membelok ke Porchester Garden... dan terus ke Queensway untuk sampai ke Bayswater Station. Adik tidak ikut bersama kerana dia keluar bersama temannya... rakyat Britain...

Aku sebak ketika abang memeluk dan mencium pipi aku berkali-kali ketika di station... Beberapa kali dia melangkah ke depan kemudian berpatah semula mendapatkan aku... dan cium pipi aku kiri kanan... dan melangkah ... dan berpaling dan kembali lagi pada aku... Airmata tidak dapat di tahan lagi... aku tidak peduli lagi orang yang lalu lalang kiri kanan... aku peluk abang lama-lama... pesanku "belajar sungguh-sungguh ya!" Ketika dia berpaling dan melangkah... aku masih lagi berdiri memandang abang sehingga dia hilang menuruni anak-anak tangga untuk ke platform. Aku kesat airmata dan berjalan sendirian pulang ke Malaysian Hall. Bye abang! Tiga tahun lagi mak kemari lagi untuk saksikan abang menerima ijazah. InsyaAllah!

 Bye abang... bye Sheffield...bye London... 
bye UK... byeeee!

Friday, February 8, 2013

Selamat tinggal Sheffield...

Inilah penyendal pintu yang abang beli masa kami 
ke Bakewell Sabtu lepas...

Baju-baju sudahpun dikemaskan ke dalam beg. Tunggu abang balik saja dari kuliah tengahari nanti. Petang nanti aku dan adik akan ke London. Abang dan kawannya hantar. Abang akan temankan aku selama dua hari lagi di London sebelum kami berpisah lagi... Aku akan tinggal beberapa hari lagi di London sebelum pulang ke tanah air minggu depan... Abang tak dapat temankan lama-lama kerana ada kuliah...

Untuk beberapa hari ini tiada update dari UK lagi.. Entah bila dapat kemari lagi. Hati sudah mula rasa sedih untuk berpisah dengan abang... tapi takkan nak duduk sini lama-lama pulak... Ojet pun sedang menunggu di Kuala Lumpur... dan yang paling di tunggu... pastilah buah tangan dari UK kan...

(nota mak: Tunggu! Hari Rabu depan mak akan sampai di Kuala Lumpur...)

Thursday, February 7, 2013

Mak ajelah yang masak....


Hari ni giliran abang masak di rumah... dia cakap nak masak kari dan minta tolong aku ajarkan...ingatkan betul-betullah si abang ni nak memasak... bila dah beli daging dan rempah ratusnya dan sampai di rumah dia terus cakap... "mak ajelah yang masak... abang nak pergi library...

Okaylah!... aku masak... kalau dia tak cakap pun memang aku bercadang nak masak kari hari ni... dan makan dengan roti. Istimewa untuk abang sebelum aku balik ke Malaysia minggu depan. Pejam celik pejam celik dah dua minggu aku di Sheffield ni... rasa macam baru lagi bertemu dengan abang... belum lagi puas berborak dan bercerita... entah bila lagi pulak dapat datang melawat dia di UK ni... dan abang ada menyuarakan isihatinya nak buat internship cuti summer bulan sembilan nanti. Aku doakan moga abang berjaya....

Wednesday, February 6, 2013

Bermain salji di taman dengan abang ....

Inilah antara kenangan manis yang akan aku bawa balik ke Malaysia 
selama ber'dating' dengan abang di UK... dan  rakaman video yang kami buat semasa berjalan mengharungi salji ditaman akan jadi pengubat rindu pada abang bila-bila aku merinduinya lagi nanti.

Di hadapan rumah abang...

Mula menghimpun salji untuk buat snowman.

Snowman kami dah hampir siap.

Menunggu snow...

Butir-butir ais mula gugur satu-satu selepas pukul 12 malam.

"Untie! ramalan cuaca kata malam ni snow turun... lepas pukul 12 malam makin lebat..."

"Oh iya ke..."

Housemate abang Joseph beritahu pagi sebelum dia ke kuliah... Aku sungguh teruja mendengarnya. Iyalah... kat negara kita manalah ada musim-musim tu semua... Yang ada panas dan hujan saja... Waktu aku sampai di Sheffield seminggu lepas... yang ada hanya saki baki salji saja. Lagipun waktu tu malam... bila bangun pagi ianya sudah lenyap. Aku tak puas sebab tak nampak macam mana ia gugur. Aku jenguk keluar tingkap... angin bertiup kuat dan menderu-deru... Dalam hati berkata-kata... "betul ke snow turun malam ni?" Masih lagi kurang yakin.

Sepanjang hari sampai kemalam aku duduk saja depan tingkap memerhatikan kalau-kalau salji dah mula turun. Sehari-harian aku duduk saja di rumah... abang pulak tak benarkan aku kemana-mana... sebab dia risau kalau-kalau aku terperangkap di mana-mana... Menurut abang kalau salji lebat... pengangkutan awam selalu 'delay'.

Sampai petang aku tengok tak ada pun tanda-tanda salji nak turun... sebenarnya akupun tak tahu macam mana tanda-tanda salji akan turun. Aku jenguk luar tingkap... cuma hujan rintik-rintik.. Menurut abang, sebelum salji turun selalunya hari akan hujan dulu. Bila aku dengar bunyi berderau seperti orang baling pasir... aku berlari ke tingkap...tak ada pun snow.

Pukul 12 malam aku berdiri depan tingkap... lepas tu aku nampak butir-butir ais gugur satu-satu... makin lama makin banyak... aku pandang jalanraya... ais yang gugur tu terus cair sebaik saja jatuh ke tanah... frust... dalam hati berkata mungkin cuma hujan ais saja yang turun malam ni... tapi aku tetap tak putus asa.... masih lagi berdiri didepan tingkap... akhirnya penat menunggu... aku tertidur.

Pemandangan dari tingkap bilik rumah sewa abang 
di kawasan perumahan Broomhall. Waktu ini pukul 8 pagi.

Pagi aku dikejutkan oleh adik... eh! bangunlah cepat tengok ni..." Wow! dari tingkap bilik aku menyaksikan satu pemandangan yang tidak pernah aku lihat seumur hidup... snow! Sana sini diliputi salji... putih... bumbung rumah... kereta-kereta yang diletakkan ditepi-tepi jalan, pokok-pokok semuanya sudah di liputi salji... Salji yang gugur tak ubah seperti kapas yang melayang-layang di udara..."Cepat ambil kamera!"

Aku dan adik turun ke jalan raya yang sudah dipenuhi salji dan mula memetik kamera. Orang-orang yang lalu lalang untuk ke tempat kerja hanya senyum melihat keterujaan kami. Ada juga yang berhenti... menegur dan berbual-bual dengan kami... dan bersedia menjadi cameraman untuk aku dan adik... baiknya jiran-jiran abang ni.

"Mak! jom kita ke Weston Park..." abang ajak aku dan adik ke taman yang tidak berapa jauh dari rumahnya untuk menikmati mengharung salji... Kami bergegas bersiap... Kebetulan abang tak ada kuliah...

Monday, February 4, 2013

Jalan-jalan di Bakewell...

Inilah pekan Bakewell.

Sabtu, abang tak ada kuliah... dia dan housematenya rancang nak bawa aku dan adik ke Bakewell... yang terkenal dengan pembuatan pudingnnya. Masa winter ni waktu siangnya pendek... jadi kami berempat keluar rumah awal untuk menaiki bas pukul 9 pagi. Perjalanan dari Sheffield ke Bakewell mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Dikiri kanan jalan sepanjang perjalanan yang kami lalui... pemandangannya cantik sekali. Berbukit-bukit... hutan-hutan dengan pokok-pokok... walaupun tak berdaun tapi tetap memberi scenery yang menakjubkan... sungai-sungai kecil dengan airnya yang jernih... bongkah-bongkah batu... padang-padang rumput yang saujana mata memandang... biri-biri dan lembu sedang meragut rumput...

Matahari bersinar terang ketika kami sampai di Bakewell...suhunya 2 darjah celcius... sejuk dan dingin... Tak ramai orang... Bakewell cuma sebuah pekan kecil... ianya seperti sebuah perkampungan. Sayangnya aku datang waktu winter... jika tidak tentu aku dapat menikmati permandangan yang lebih menakjubkan dengan bunga-bunga dan pokok-pokok rose yang ditanam dan tumbuh menjalar di dinding-dinding bangunan... arbor dan taman-tamannya. Bangku-bangku kayu untuk duduk berehat-rehat dibawah sinaran matahari.

Sarapan kami di Lavender Tea House. Tengok 
suasana dalamannya, macam dalam rumah.

Sebelum memulakan langkah kami berempat singgah untuk sarapan pagi di sebuah cafe... Apa yang aku perhatikan... di sini memang banyak cafe. Semuanya bercirikan tradisional Inggeris. Kami berempat memilih untuk bersarapan di Lavender Tea House. Di kawasan ini agak payah untuk mendapatkan makanan halal kerana rata-rata penduduknya adalah rakyat tempatan. Kawan abang Joseph amat prihatin dengan makanan yang ingin kami pesan. Dia ni pelajar tajaan JPA, rakyat Malaysia berasal dari Kuantan... baik budaknya.

Masuk dalam cafe aku teruja dengan hiasan dalamannya. Terasa seolah-olah berada dalam rumah kampung orang-orang Inggeris yang biasa aku tengok dalam filem-filem mereka. Pinggan mangkuk.. pintu... tingkap... kerusi mejanya dan frame gambar yang digantung di dinding... langsir... semualah... bercirikan tradisonal Inggeris. Pelayannya pun baik dan amat ramah menyambut kedatangan kami. Untuk sarapan kami ambil sandwich tuna dan telur, salad sayur-sayuran, chocolate cake, scone, muffin, tea, hot chocolate dan latte.

Lepas bersarapan kami berjalan menyusuri sungai yang jernih airnya... di dalamnya penuh dengan itik, angsa dan swan berenang berpasang-pasangan. Burung-burung berterbangan merata-rata. Sana sini ramai penduduk tempatan bersiar-siar sambil menolak bayi-bayi mereka dan membawa anjing-anjing peliharaan mereka.


 Abang dan untienya, my sister.

Itik-itik berenang atas air sungainya yang jernih. Bunyi
aliran airnya sungguh mengasyikan...

Disebelah kanan itu adalah pokok-pokok rose yang
kehilangan daun akibat musim sejuk. Kalau musim bunga taman ini
pasti dipenuhi dengan bunga-bunga rose yang kembang mekar.

Kebetulan pada hari kami datang di Bakewell ada 'Craft dan Gift Fair' Barang-barang yang di pamer dan dijual semuanya hasil tangan penduduk tempatan. Abang beli penyendal pintu... comel.

Seharian kami berjalan dan menghabiskan masa di Bakewell. Sebelum balik Joseph belanja minum petang. Lagi sekali aku dibelanja dengan duit kerajaan (biasiswa).

Berjalan antara lorong-lorong di pekan Bakewell...

Sunday, February 3, 2013

Abang belikan boots...

Inilah boots yang abang belikan. Selesa... dalamnya 
lembut. Kakipun rasa panas.

Tram.

Tengok besarnya saiz roti di UK ni... Harganya 
1.28 pound.

Dah seminggu lebih berada di Sheffield... Setiap hari aku berjalan menjelajah Sheffield City ni. Kalau tak ada kuliah abang akan temankan dan bawa aku berjalan merata tempat dan ceruk... Keluar masuk kedai... bila lapar kami berhenti makan dan minum... Bagusnya Sheffield ni nak makan senang... kedai makan banyak... kebanyakkannya halal... murah... dan isinya banyak. Order satu pinggan boleh makan untuk dua orang.

Kalau dah tak ada duit sangat masuk je kedai ni... 
barang-barang keperluan macam sabun, sampoo, ubat gigi 
di jual dalam harga 1 pound saja.

Harga barang-barang di supermarket pun murah. Sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dapat dalam harga 1 pound. Susu, roti, coklat pun sama... harganya tidak melebihi 2 pound. Cuma daging agak mahal sikit... dan nak mencari yang halal di Sheffield ini memang mudah... merata-rata kedai kebanyakannya menjual makanan halal. Peniaga-peniaganya pulak kebanyakannya orang-orang dari Timur Tengah.

Boleh dikatakan puas juga aku berjalan dan tengok macam-macam... abang bawa aku pergi universiti dan tunjukkan bangunan kuliah fakulti engenering tempat dia belajar... Abang bawak naik tram pergi Meadow Hall. Tram ni macam bas/keretapi letrik yang kalau tak silap di UK ni cuma ada di Sheffield saja. Tiketnya pulak untuk dua hala... pergi dan balik dan boleh digunakan untuk satu hari. Aku suka naik tram ni... bestlah... dalamnya besar... luas dan selesa.

Akhirnya kerana terlalu banyak sangat berjalan kaki aku melecet... dan abang bawa aku masuk satu kedai dan belikan aku boots... abang sendiri yang pilih... terharunya... lepas bayar abang terus sarungkan ke kaki aku... Menurut abang boots tu lebih selesa, lembut dan kaki aku akan rasa panas dan lebih sesuai dalam cuaca sejuk di UK ini.

Friday, February 1, 2013

Jangan pijak snow tu...

Posing... first time tengok salji.

Hujan renyai-renyai ketika kami sampai di Sheffield. Suasana agak sunyi... tak bising dan sibuk seperti di London. Sesekali angin berhembus menambahkan lagi kedinginan malam yang sedia dingin... Di sana sini terdapat longgokan salji... jalan pulak agak licin... setiap kali melangkah abang sering mengingatkan aku "mak, baik-baik... licin tu... jangan pijak snow tu... kang jatuh!"

Abang cakap rumahnya tak jauh dari station tu... tapi sebab dah malam dan risau aku tak larat berjalan... lebih-lebih lagi dalam cuaca sejuk, jadi abang sarankan kami naik teksi untuk pulang kerumahnya di Brunswick Street. Keadaan sekitarnya lenggang dan sunyi... Patutlah abang tak suka berada di London lama-lama... Memang jauh sekali beza suasananya.

Lepas meletakkan barang-barang dan beg, kami berempat keluar semula untuk makan malam. Dari rumah abang, kami melalui taman permainan dan jalan-jalan perumahan yang dipenuhi dengan salji dan sunyi dan hanya diterangi oleh lampu-lampu neon... Abang pulak akan tunjukkan pada aku mana-mana tempat yang aku boleh pijak dan berjalan... dia takut aku jatuh... Adik pula kata, kalau aku jatuh dia akan ambik gambar dan videokan. Dia memang menanti-nanti antara kami berempat siapa yang akan jatuh dulu... dan terduduk atas salji tu...

Aku, adik dan kawan abang memang teruja dengan suasana yang kami lalui... Kami melompat-lompat atas timbunan salji... sesekali tergelincir dan ketawa seronok... Abang dan kawannya ambil dan kepal salji tu dan lontarkan pada batang pokok-pokok yang di tanam di bahu jalan.

Gelak tawa kami memecah keheningan malam dan sepanjang langkah kami menuju ke restoran. Makan malam pertama aku di Sheffield abang belanja...

Abang orderkan aku chicken wing, nasi, salad dan 
English tea... untuk makan malam. "abang belanja mak dengan 
duit kerajaan (biasiswa)", he..he..he..