Tuesday, October 29, 2013

Mee loka a.k.a mee sanggul...


Sapa pernah makan ni... pengat pisang nangka dengan mee loka a.k.a mee sanggul. Pengat begini famous di kalangan orang negeri je rasanya. Di masak dengan gula enau. Pada aku gula enau, gula melaka dan gula kabung berbeza walaupun rupanya sama... malah rasanya juga tak sama. Antara ketiga-tiga gula ni... pada aku... gula enau lebih sedap dan baunya harum. Bila di buat pengat atau inti...aromanya akan membangkitkan selera. Seluruh rumah akan terbau kesedapannya...hmmmm!

Mee loka tu pulak lebih kurang macam mee kuning yang biasa kita buat mee goreng tu. Walaupun rupanya sama tapi mee loka ni kering dan tak berminyak.

Semalam aku singgah rumah kakak. Dia buat pengat ni. Hmmm bestnya... makanan ni mengingatkan aku ke zaman kecik-kecik dulu. Arwah nenek dan mak suka buat pengat ni bila tiba bulan puasa. Sekarang dah susah nak jumpa. Lagipun generasi sekarang tak 'reti' dan tak tahu sebab mereka tak pernah kita dedahkan dengan makanan seperti ini.

16 comments:

  1. Ya Sweetie mee loka ni famous during ramadhan ajer....... teringat bubur loka arwah nenek........ huhuhu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Zana... Khamis minggu lepas... saya, kakak dan adik gi Temeris, Bahau. Dalam perjalanan balik tu kami singgah di gerai tepi jalan simpang nak ke Juaseh. Kat situlah dapat bahan-bahan ni semua.

      Delete
  2. tak pernah makan pengat pisang + mee ni...nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nohas! mee ni bukan mee kuning biasa tu... Mee ni memang khusus untuk di masak cam gini.... banyak di jual di negeri sembilan.

      Delete
  3. sedapnye :D..
    terliur nk makan penga pisang..

    p/s : lady dah follow akak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya memang sedap sebab kena dengan tekak.

      Terima kasih singgah dan jadi rakan maya saya. Saya pun dah singgah di blog Lady dan masuk senarai follower.

      Delete
  4. saya suka makan pengat pisang. tapi tak pernah mkn yg campu dgn mee.
    masa kecil2 dulu , ada org buat kenduri arwah masak pengat laksa . pernah rasa?
    laksa +santan +gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengat laksa... pernah makan... tapi dululah masa kecik-kecik.. arwah nenek ngan mak sering buat masa bulan ramadan. Tapi pengat laksa yang saya makan tu guna bihun.

      Delete
  5. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    Wah, sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam! terima kasih kerana sudi singgah dan follow. Ya. saya dah pun menjengok ke blog Helmi. (boleh ye saya panggil Helmi je).

      Delete
  6. Replies
    1. Tenku butang, saya pun tak tahu kenapa di panggil mee loka... tapi di negeri sembilan memang di panggil mee loka. Saya tanya rakan2 di KL ni mereka kata mee sanggul... entahlah... kakak saya beli mee ni masa ke negeri sembilan minggu lepas

      Delete
  7. Mak akak selalu masak macam ni masa bulan puasa..slurpppp..sedapppp..jarang dah nampak org masak macam ni

    ReplyDelete
  8. adui..banayk rupanya acik ketinggalan n3 sweetie..rupanya sejak tukar lansir baru.
    acik pun suka gula enau..ni yang nak buat pengat lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung2 tahun ni kerja dah tak banyak di meja saya... apa lagi melukis dan 'menjahit' langsir baru je kejenya... sempat lagi buatkan satu untuk blogger Yati Ali.

      Gula enau ni lain rasanya kan acik!

      Delete