Sunday, March 3, 2013

Tak datang tak tahu, sesat a.k.a silap.....

Dalam bedroom koc, Senandung Langkawi, Bukit 
Mertajam to Hadyai.

Baru sampai rumah dari Arau dengan keretapi Senandung Langkawi. Menghantar Ojet balik ke kolej semula. Bertolak hari Jumaat malam dan sampai di Arau pagi semalam, Sabtu, jam 8 pagi. Yang ikut sama menghantar Ojet ke Arau, adik dan kakak aku. Dah lama kami rancang perjalanan dengan keretapi ni.

Lepas uruskan dan tolong Ojet pindahkan semula barang-barang kedalam biliknya... dan adik temankan dia ke pekan Arau beli sedikit barang-barang keperluannya, kami ambik teksi dan keluar makan. Begitu begini jam pun dah pukul 5 petang. Hantar semula Ojet balik ke hostel... dan aku bertiga terus ke stesen keretapi dan balik semula ke KL dengan train pukul 7 malam dan sampai di KL Central pukul 5.30 pagi tadi. Takdalah penat sangat sebab sepanjang perjalanan pergi dan balik aku tidor. Kami ambik koc tempat tidur. Best juga tidur dalam keretapi, macam tidur dalam buaian. Kerana rasa 'syok' tu, kami (aku dan adik) rancang nak travel ke Bangkok dengan keretapi... tapi tak tahu lagi bila tarikh yang sesuai.

Tengok jadual perjalanan keretapinya... maunya tak pening, 
banyak sangat platform dan akan tiba pada satu-satu masa..

 Tiket perjalanan pergi dan balik, Sheffield 
ke Matlock 10 pound, seorang.

Terkenang masa di Sheffield tempohari, aku, adik dan kawan abang, Farhan rancang nak ke Matlock Bath. Pemandangan tempat tu cantik. Ianya dalam area Peak Districk sama seperti Bakewell. Abang tak ikut sebab ada projek di universiti. Setelah google-google, kami pun bercadang ambik train saja... nampak macam senang. Dari rumah abang kami naik tram untuk sampai ke stesen keretapi... (bila di fikir-fikirkan balik... apalah punya bengongnya kami bertiga... ini semua kerana ikut arahan dari en. googlelah. Padahal dari rumah abang nak ke stesen keretapi tu takde lah jauh mana, boleh jalan kaki. Tak pasal-pasal kena keluar tambang untuk naik tram 4 pound.

Setelah beli tiket keretapi London St Pancras tu, kami pun naik train di platform 8 - itupun setelah puas membelek-belek infomation dan adik bertanya sana sini. Kalau ikutkan si Farhan memang takdelah... budak lelaki... pulak tu dia pun travel sorang-sorang dari Egypt ke UK... egolah sikit kot. Tak suka nak bertanya-tanya.

Dari stesen keretapi di Sheffield kami turun di Derby untuk menukar train ke Matlock. Pun sama, selepas bertanya-tanya... kami pergi ke flatform 6a. Dari pengumuman yang dipaparkan pada skrin, keretapi untuk ke Matlock akan sampai beberapa minit lagi. Sebaik saja keretapi sampai tanpa usul periksa kami pun naik. Tapi hati aku berkata-kata juga... tanya dengan Farhan, betul ke keretapi yang kitorang naik tu. Dia kata betul... Tapi masa keretapi tiba, aku macam nampak ada tulis Sheffield...

Dalam keretapi, aku perasan... aku seperti melihat pemandangan yang sama seperti dalam perjalanan datang ke Derby. Aku cakap dengan adik, dia kata "nanti kat depan dia masuklah rail arah ke Matlock. Apalagi nak cakap, ikut sajalah.

Ketika pemeriksa tiket datang dan periksa tiket kami, dia tanya... kami bertiga nak ke mana sebenarnya. Kami pun cakaplah, nak ke Matlock... apa dia cakap... kami bertiga sudah silap. Keretapi yang kami naiki tu menghala balik ke Sheffield... ha... kan... Awal-awal lagi aku dah cakap... naluri seorang ibu... orang tua sebenarnya... hehehe... kan dah salah. Lepas tu panjang lebarlah ceritanya. Pemeriksa tiket tu perempuan... baik dan peramah. Macam-macam dia cerita tentang keindahan di Matlock Bath tu. Dia cakap kalau pun kami nak teruskan juga perjalanan ke Matlock dah tak sempat. Pukul 3 tempat tu dah tutup. Lagipun winter banyak tempat-tempat yang di tutup pada pelawat. Tapi dia telah tuliskan satu nota dan suruh kami berikan nota tu pada kaunter tiket di stesen keretapi Sheffield. Menurutnya kami boleh mendapat tiket ganti dan boleh ke Matlock pada hari yang lain. Tapi kami tak buatpun sebab si Farhan dah nak ke Paris pulak.

Tak pasal-pasal buang duit 10 pound. Geram juga, tapi yelah... Itulah kenangannya... tak datang tak tahu... boleh cuba lagi di lain kali jika berkunjung ke UK.

8 comments:

  1. Kita serupa...masing2 anak balik meneruskan pengajian.
    Seronknya naik train....the last time i naik was many many years ago.
    You buat I teringin pulak nak mengembara dgn keretapi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leez, anak2 kita berada dalam U yang sama (UiTM)... Tapi berlainan tempat saja...

      Memang seronok naik train... I pun lama dah tak naik train. Last I naik tahun 1980... masa tu train belum di upgrade mcm skrg.

      Delete
  2. Menarik catatan perjalanannya...

    Anak Sweetie yg di U tu UiTM mana? Anak ckLah di kampus induk.

    ReplyDelete
  3. Seronok pulak baca pengalaman Sweetie.. Kalau saya memang tak berani. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak cuba tak tahu Sal... Apa nak takutkan... OK je Sal... penduduk tempatannya baik-baik dan sedia membantu.

      Delete
  4. syukurilah nikmat berjalan jauh, bagi saya peluang serupa itu adalah anugerah yang tak terhingga dariNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah! peluang itu akan sampai juga untuk awak Etuza suatu hari nanti.

      Delete