Tuesday, July 27, 2010

Renjer Ridsect...?

(Itu Ojet anak perempuan ku yang 'degil'... Tapi
aku bangga dengan keberanian dan kesungguhannya.)

“Apa tu, tak habis-habis dengan aktiviti. Ingat tahun ni nak SPM. Hentikan semua aktiviti yang tak berfaedah tu!......”

“Mak, hadiahnya banyak, cikgu kata tempat pertama RM13,000. Kalau Ong buat ni markah koko Ong nanti penuh mak...”

“Ala tak de maknanya dik, macam-macamlah...” Ojet cuma diam. Aku memang tak berapa suka dia aktif sangat dengan aktiviti koko sebab hujung tahun ni dia akan menghadapi SPM.

Tapi itu kisah lima bulan dulu waktu Ojet minta izin nak masuk pertandingan tersebut. Nampaknya usaha Ojet (selaku pengerusi) dan rakan-rakannya tak sia-sia. Mereka berjaya meraih tempat pertama dari 100 buah sekolah yang menyertai pertandingan itu.

Dan hari ini, pagi tadi bertempat di SMK Putrajaya Presint 18 (1) aku menyaksikan Ojet dan rakan-rakannya naik kepentas menerima hadiah berupa trofi, hamper dan replika cek bernilai RM13,000.

Hari ini Dek Da dan rakan-rakannya jadi tumpuan media cetak dan elektronik.

“Apa yang wartawan tanya?” Ojet cuma senyum-senyum je.

(Selepas kemenangan bergambar bersama VIP dan guru pengiring.)

TAHNIAH! Dek Da dan rakan-rakan. Lepas ni tumpukan sepenuh perhatian pada SPM hujung tahun ni. Dah menang dah. Mak pun happy (walaupun ibubapa tidak dijemput tapi aku tetap menyibuk pergi menyaksikan penyampaian hadiah tu pagi tadi!)

Friday, July 23, 2010

Pemberian dari sweetsal...

Terima kasih sweetsal...
Cuma boleh jawab 4 soalan saja ya sweetsal sebab tak tau nak tag sapa:
1. Dimanakah anda selalu BW?
Yang rajin menyapa saya.
2. Kenapa anda sangat suka BW?
Suka baca entri penulis-penulis blog lain. Boleh hilangkan tension dengan kerja kat office. Kadang-kadang senyum sendiri bila baca entri dan gambar-gambar yang kelakar sikit.
3. Apa yang anda dapat kalau BW?
Suka kalau dapat berkawan dengan bloggers tu (kalau mereka sudi).
4. Macam mana perasaan orang yang anda BW itu?
Tak tau, harap-harap mereka gembira dan suka dengan sapaan saya tu.

Tuesday, July 20, 2010

Mak teringatkan abang...

(11 Julai, abang sewaktu pendaftaran untuk foundation
satu tahun di Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah)

“Mak kat mana tu?”

“Mak kat UM. Betul-betul depan pintu gerbang masuk ke UM ni”.

“Mak buat apa kat sana?” Nada suara abang ceria. Pasti dia selesa di tempat barunya. Senang hati aku.

“Saja... minggu ni dah tiga kali mak masuk UM. Round-round kat kolej pastu mak balik!”

(Dewan Tunku Cancelor sewaktu sesi taklimat. Bersemangat
betul bila dengar lagu universiti Malaya waktu tu.)

(23 Mei, abang di hari pendaftaran di Kolej Kediaman
Raja Nazrin (KK12) UM.)

Sebenarnya aku teringatkan abang. Masa dia belajar di PASUM bulan lepas, dah jadi rutin setiap Jumaat aku pasti datang, ambik baju-baju kotor dia bawak balik dan basuh. Kemudian hari Ahad aku datang hantar baju-baju abang yang dah bersih dan bergosok. Dan setiap kali kalau nak pergi UM, pasti ramailah yang nak ikut. Bila lalu depan dewan Tunku Canselor kami semua berangan, suatu hari nanti nak tengok abang terima ijazahnya di situ. Hai! impian dan angan-angan seorang emak.

(Abang ketika menghadiri temuduga untuk ke luar negara
di PICC. Suka dan duka bercampur tika ini. Waktu abang jalani
sesi temuduga ni, Abang Ngah meninggal, kami tak sempatpun
menziarah jenazahnya buat kali terakhir.)

“Kalau macam tu, bila abang balik dari UK nanti, abang sambung buat master di UM, mak boleh sambung balik impian mak tu!” Aduh! sejuknya telinga mendengar janji abang.

“Nanti masa abang grad, kita ramai-ramai gi UK!” Wow! tingginya angan-angan mak.

(Abang keluar dari kem PLKN Benum Hill Resort, Pahang
sehari sebelum result SPM diumumkan)

“Abang! Dek Da menang tempat pertama pertandingan Skuad Ridsect. Dapat RM13,000. Majlis penyampaian hadiah minggu depan di Putrajaya. Nanti tengok kat TV ya!”

Monday, July 19, 2010

Moga Ojet pun cemerlang....

(Puan Pengetua sekolah meletakkan pin pelajar
cemerlang di baju Ojet).

Macam biasa sebelum ke tempat kerja, rutinku setiap pagi, menghantar Ojet ke sekolah. Lepas cium pipinya kiri kanan aku akan meredah kesesakan jalan raya menuju ke tempat kerja. Tapi pagi ini lain sikit. Hari ini ada majlis Program Peningkatan Prestasi Akademik 1/ Sesi 2010 di sekolah.

Tak ramai pun ibu bapa yang hadir. Tapi aku memang suka menghadirkan diri dalam majlis-majlis begini, tambahan pula Ojet antara pelajar yang tersenarai akan menerima anugerah tersebut selain dapat bertemu dengan guru-guru sekolah.

Selepas abang cemerlang dalam SPM dan dapat tawaran ke luar negara, harapan ku ingin pula melihat Ojet juga berjaya dan cemerlang dalam SPMnya hujung tahun ini. InsyaAllah! Amin!

(Mak doakan Dek Da cemerlang dalam SPM dan 'fly' juga... )

Wednesday, July 14, 2010

Mak pun nak 'fly'....

“Mak betul ke?”

“Ya, surat tawarannya ada pada mak ni...” Entah macam mana perasaan abang waktu tu, tapi aku pasti dia gembira... Surat yang di tunggu-tunggunya selama ini dah sampai! Tawaran melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.

Aku pulak suka tapi berdebar. Ini bermakna aku bakal berjauhan dengan abang.

"... foundation satu tahun kat Kolej Mara Kuala Nerang..., pastu bla.. bla.. bla..." Dan aku bacakan isi kandungan surat tawaran tu pada abang melalui talipon. "Abang setuju ke?"

Esoknya abang daftar keluar dari PASUM. "Yeaa! abang fly! abang fly!"

(Tinggal kenangan, Kolej Kediaman Raja Nazrin, Universiti Malaya.
Abang hanya sempat sebulan saja menjadi penghuninya.

(Abang menuju ke kediaman barunya di Kolej Mara Kuala Nerang.)

"Belajar sungguh-sungguh ya ... mak pun nak fly... . Ingat tu The Grade is A... and The Number is 4. Dan doa mak sentiasa mengiringi abang. Semoga cita-cita abang untuk melanjutkan pelajaran ke UK terlaksana. Amin!