Sunday, November 29, 2009

Sepetang di Tasik Titiwangsa


Sendirian di rumah. Tak tau apa nak buat. Baking? tak ada mood. Berkebun, berkemas? Malas. Segala macam alasan datang bertandang dalam diri.

"Dik! jom pergi Bukit Tinggi?"

"Dah petang sangat ni"

"Alaa, aku boringlah. Rasa nak jalan-jalan, jomla.."

"Aaa.. ok! kita pergi Tasik Titiwangsa, aku nak jogging." adik ku mencadangkan. Aku menerima saja cadangannya.

Entah kenapa hatiku terasa sunyi sangat. Bagaimanalah agaknya nanti bila anak-anak ku, (abang dan ojet) dewasa. Mereka tentu ada kehidupan sendiri dan sibuk dengan urusan masing-masing. Aku...?

Monday, November 23, 2009

Birthday!....


(HAPPY BIRTHDAY SHADA AND BELL! Mak tak sempat nak buat kek, pasal hati mak gundah gulana teringatkan abang yang sedang bertungkus lumus di dewan peperiksaan SPM. Doakan kejayaan abang setiap kali lepas sembahyang ya!)

(Gadis National Geographic)


"Mak! Happy Birthday!"

"Hadiahnya?"

"Tak ada."

"Kalau birthday kawan susah payah pi cari hadiah. Birthday mak tak ada apa-apa. Agh! malaslah nak layan..." aku pura-pura merajuk. Ojet cuma tersengeh-sengeh.

"Jangan lupa balik nanti masak nasi tau!" Pesanku sebelum dia turun kereta waktu aku hantar dia kesekolah pagi tadi.
Walaupun cuti sekolah dah bermula tapi anak gadis ku ni tak jemu-jemu ke sekolah. Ada kelas tambahan. Tahun depan bakal ambil SPM.

"Ong beli je lah nasi bungkus nanti."

"Balik kerja petang nanti mak nak makan" saja aku memaksa dia memasak. Sebenarnya aku tak harap pun. Padaku dia masih kecil lagi walaupun umurnya dah masuk 16 tahun.

Thursday, November 19, 2009

Sejarah SENANG...!


Senang hati bila mendapat sms abang dari sekolah. Lega perasaan tahu dia ceria menghadapi peperiksaan.

"Hati-hati dan kawal perasaan!" hanya itulah yang sempat aku titipkan buatnya.

"Abang kenal Rizqin?" sempat lagi aku hulurkan pertanyaan.

"Kenal"

"Mak baru je berkenalan dengan mak dia dalam blog. Kami janji nak bertemu di SDAR raya ni."

"Rizqin tu duduk sebelah abang time exam." Ha.. aku senyum sendirian. Diluar dua ibu saling bercating walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Disekolah rupanya dua buah hati kami duduk bersebelahan.

Wednesday, November 18, 2009

SPM 09 hari ni..

"Mak sentiasa doakan kejayaan buat abang, tenang jangan gopoh and don't over confident!" SMS aku pada abang malam tadi. Pagi ni aku bangun dengan ingatan dan doa yang panjang buat anak lelaki ku yang akan menghadapi SPM bermula hari ini. Dan SMS dari guru tuisyennya dan salah seorang mak kawan abang masa di sekolah rendah dulu buat aku rasa terharu.

"Thanks, Fizal, thanks Jihan!"

Dalam perjalanan ke tempat kerja, abang sms... Message nya membuat aku senyum sendirian sambil memandu ke tempat kerja.

Dan doa mak sentiasa mengiringi abang! Good luck dear!

Thursday, November 5, 2009

Kek Coklat Kukus


"Mak nak buat kek apa pulak ni. Untuk jual ke untuk makan-makan je?"

"Kek Coklat Kukus. Saja-saja. Bahannya mak dah sukat lama. Masa abang balik cuti Depavali hari tu. Tapi tak jadi buat!"

"Alaaa..., tak best la. Asyik kek ni je. Mak, nanti birthday Ong, mak buat la kek buah yang macam mak buat masa kenduri Ong hari tu ya!" pinta Ojet. 'Ong' macam tu la dia membahasakan dirinya. Entah dari mana timbulnya 'ong' tu tak tau la pulak.

"Ok la!"

Sementara menunggu kek masak, aku bersiap untuk ke JJ yang berhampiran. "Mak nak gi mana?"

"JJ, mak beli strawbery. Adik tolong tengokkan kek tu ya, nanti bila cukup masanya, tutup api, ok!"

Tapi memang bukan musim strawbery agaknya. Tak ada pulak strawbery di JJ. Apa aku nak letak hiasan kek tu. Fikir punya fikir, aku dapat idea. Apa kata aku letak pic atasnya. Ok kot!

"Tak ada strawberyla kat JJ".

"Habis mak nak letak apa?"

"Buah pic dalam tin".

"Ha, boleh ke?"

"Janji hias" ujar ku.

Memang, masak je kek, Ojet langsung tak berminat nak menjamahnya. Sebab dah selalu sangat buat. Tapi aku potongkan juga sikit untuk dia sebelum aku bawa kek ni ke office. Tak tau la pulak samada dia makan atau tak kek tu. Tapi semalam aku tengok kek tu dah tak ada dalam peti ais didapur. Dia makanlah agaknya tu...

Kek Kukus Masam Manis


"Ha! Jangan ambik flakes tu, nanti mak tak cukup nak melapis kek ni nanti" Ojet tersengeh-sengeh. Tak jadi tangannya nak mencapai asam haw flakes yang aku letak dalam piring. "Mak nak letak dalam kek yang mak buat ni ke?" Soalnya kembali.

"Iyalah, Mak nak cuba buat resipi baru ni. Kalau cantik jadinya nanti mak cadang nak buat jualan kek ni".

"Ooo!" Ojet kembali ke meja studynya. Peperiksaan akhir tahun sekolahnya masih belum habis lagi. Seminggu dua ni leka berulit dengan buku-buku. Pastinya 10A1 jadi idaman.

Hampir tiga jam mengadun, menggaul, melapis dan mengukus, siaplah kek Kek Kukus Masam Manis ni. Ojet macam biasa, tak sabar-sabar nak memotongnya. Memang rasanya tak mengecewakan.